Sunday, April 27, 2014

Najib Beritahu Obama: Liwat II-Bukan Antara Kerajaan Dan Anwar

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memberitahu Presiden Amerika Barack Hussien Obama, bahawa kes Liwat II bukanlah antara Kerajaan lawan Dato Seri Anwar Ibrahim, akan tetapi antara Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantu peribadinya.

Di mata undang-undang yang diamalkan di Malaysia, menurut Najib, tidak membezakan antara orang kenamaan dan rakyat biasa. Atas sebab itu, kes Liwat II adalah antara dua orang rakyat negara, menggunakan mahkamah untuk menuntut keadilan. 

Berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata beliau mahu menjelaskan akan hakikat bahawa ia bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.

Sementara itu, Obama menegaskan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Anwar pada lawatan ini juga dengan sendirinya bukan membayangkan kurang prihatin terhadap isu seumpama itu, tetapi atas hakikat bahawa "banyak orang yang saya tidak temui dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang saya tidak temui".

"...dan saya akan terus memberi galakan kepada beliau (Najib) sebagai seorang sahabat dan rakan kongsi untuk memastikan ada kemajuan dalam soal itu," katanya.

No comments:

Blog Archive