David Maerns, Wreck Hunters yakin bahawa MH370 bakal dijumpai. David yang berjaya menjumpai HMS Sydney 2008, selepas tenggalamnya kapal itu tahun 1952. Beliau juga membantu dalam pencarian AF447 tahun 2009. Faktor yang mendorong, mengapa pencari harta karun yakin menjumpai pesawat itu adalah, 4 pancaran kotak hitam yang dikesan HMS Ocean Shield sebelum ini. Pancaran itu, bukan mudah dikesan pada lautan seluas itu. Atas sebab pancaran itu, memang berasal daripada Kotak Hitam pesawat MH370, maka atas sebab itu dikesan. Pasukan pencari yang dikoordinasi Australia masih berhati-hati mengumumkan temuan itu, atas sebab belum terjumpanya sebarang serpihan pesawat malang itu, walaupun telah dicari memasuki hari ke-38. Angus Housten Ketua JACC hanya berani berkata bahawa pesawat itu dijumpai, jika menjumpai serpihan. Pada lewat Isnin, robot yang digunakan memeta dasar laut Bluefin 21, terpaksa menamatkan operasi lebih awal apabila kedalaman laut melebihi kemampuan alat itu. Alat itu diprogramkan pada kedalaman 4,300-4,400 meter, namun apabila menjumpai kedalaman yang lebih dalam, secara automatik, alat itu akan mengapung semula. Robot itu seharusnya beroperasi selama 16 jam, namun hanya 6 jam menghentikan operasinya. |
No comments:
Post a Comment