Friday, April 11, 2014

MH370: Terlalu Sukar Merungkai Kehilangannya

Masuk hari ke 36 kehilangan Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan kru, walaupun lokasi di mana pesawat itu terhempas, hampis dikenal pasti; namun untuk sementara waktu, belum ada kepastian yang nyata. Memang diakui, seperti mana kenyataan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, bahawa pasukan pencari, hampir pasti mengetahui lokasi pesawat itu. Namun, tindakan berikutnya adalah mencari bangkai pesawat itu. Dengan kedalaman antara 12,000-19,000 kaki dasar lautan, bukan mudah untuk mengenal pasti lokasi sebenar pesawat itu. Hanya teknologi mutahkir sahaja, boleh memudahkan mengenaipasti lokasi sebenar itu di dasar laut.

Mengutip kotak hitam dengan kedalaman lautan liputan operasi, bukan kerja mudah. Selepas mengutip, maka tindakan selanjutnya menganalisis data dalam kotak hitam itu, adalah satu kerja yang memperlukan masa. Pengalaman pasukan penacri sebelum ini adalah 23 bulan bagi AF447, sebelum dapat mengutip kotak hitam pesawat itu jun 2009 semasa dalam penerbangan antara Rio de Janrio Paris. 

Pesawat MH370 memerlukan masa yang panjang untuk mencarinya, atas sebab pesawat itu terhempas bukan melalui laluannya, melainkan melencong jauh. Laluan asal pesawat itu adalah Kuala Lumpur Beijing, namun berakhir di Lautan Hindi.

1001 macam persoalan mengapa pesawat itu melencong jauh. Teori yang mendekati adalah pesawat itu dengan sengaja diterbangkan dilokasi liputan pencarian sekarang. Melihat keadaan lautan serta kedalaman, memang menyokong bahawa pesawat itu dengan sengaja diterbangkan ke lokasi itu untuk menjadikan kehilangan pesawat itu menjadi misteri. Kini, dengan kemungkinan besar bahawa Kotak Hitam pesawat itu bakal dijumpai dalam masa terdekat, ertinya bangkai pesawat juga bakal dijumpai. Ertinya, tujuan agar kehilangan pesawat itu menjadi misteri, tidak akan misteri lagi, akan tetapi, penyebab mengapa pesawat itu dilencongkan ke lokasi itu, besar kemungkinan akan menjadi misteri. Atas sebab, data yang direkod oleh kotak hitam hanya berkaitan dengan kelajuan, ketinggian serta sebab musabab pesawat itu terhempas. Manakala cockpit Voice Recorder, kemungkinan tiada rakaman suara yang akan boleh dikesan, atas sebab pesawat itu meneruskan penerbangan sekurang-kurangnya 5 jam selepas terputus hubungan dengan radar awam di Subang, Kuala Lumpur. Sebagai catatan, CVR akan menyimpan rakaman percakapan cockpit untuk 2 jam sahaja. 

Walau apapun, jika pesawat itu dijumpai, setidak-tidaknya misi orang yang bertindak menghilangkan pesawat itu tidak tercapai i.e. misi pusara tanpa nisan.

2 comments:

Anonymous said...

mana ada barang elektronik boleh berfungsi 3 ribu kaki bawah permukaan
titanium alloy pun pecah bila sampai 1 ribu kaki inikan pula casing dari aluminium industri... ikhlas dari saya hentikan la kerja sia sia ni
dari sebesar besar kapalterbang + penumpang + kargo tapi jika cebisan sebesar tapak tangan pun tak ditemui maksudnya MH370 TIDAK ADA di Lautan Hindi
suka atau tidak .. percaya atau tidak samada mendarat secara biasa atau terhempas ... MH370 ada di tempat lain
aku bukan bomoh atau apa apa cuma seorang manusia yang ada sedikit pengetahuan berfikir benda yang logic ...
AWACC .. Nuklear Submarine .. Satelit ialah 3 peralatan yang mampu mengubah sejarah manusia
jika sebelum ini 911 adalah ciptaan terhebat .. kali ini ini MH370 mengatasi segalanya

Anonymous said...

setuju dengan pendapat tuan. Another devilish creation

Blog Archive