Latest News

MH370: Simulator Kapten Zaharie Tiada Apa-Apa Yang Mencurigakan-FBI

Simulator Kapten Pesawat MH370 Zaharie Ahmad Shah, yang diperiksa oleh polis Malaysia termasuk FBI, kini dinyatakan tidak mempunyai sebarang clue yang mengaitkan kehilangan pesawat malang itu.

MH370 yang berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac daripada KLIA laluan Kuala Lumpur Beijing bersama 239 penumpang termasuk kru hilang daripada radar awam pada 1.30 pagi dan hingga kini tidak diketahui di mana pesawat itu termasuk penumpangnya.

Telah masuk hari ke-25 kehilangan pesawat itu. Pasukan pencari tidak menjumpai sebarang clue berkaitan pesawat itu, walaupun kawasan pencarian ditumpukan di kawasan selatan i.e. Lautan Hindi kira-kira 1,680 km North West Perth, Australia.

Kehilangan pesawat MH370 menjadi tumpuan dunia. 26 negara terlibat mencari pesawat itu. Kini Australia mengkoordinasi pencarian pesawat itu sejak 17 Mac, mengambil alih daripada Malaysia. Menurut peraturan IATA, negara di mana kawasannya dipercayai terletaknya kemalangan itu secara automatik akan mengkoordinasi operasi pencarian.

0 Response to "MH370: Simulator Kapten Zaharie Tiada Apa-Apa Yang Mencurigakan-FBI"

Blog Archive