Sunday, April 06, 2014

MH370: Signal Kotak Hitam Dikesan- Bakal Mengecewakan Anwar


Anwar yakin, kotak hitam pesawat malang MH370, bakal tidak dijumpai. Atas sebab itu, pada Khamis menuduh Kerajaan Malaysia dibelakang kehilangan pesawat malang itu. Asas kepada tuduhan itu, bateri kotak hitam pada pesawat malang itu akan habis kuasa dalam tempoh 48 jam, walaupun teorinya masih boleh bertahan dalam 15 hari lagi.

Tengah hari tadi,  kapal pencari China Haixun 01 mengesan pulse serupa signal yang biasa ditransmit oleh kotak hitam. Pulse dengan 37.5khz sesaat merupakan indikator, bahawa pesawat MH370 memang terhempas di lautan hindi. Walaupun signal yang berjaya dikesan oleh pencari China itu disiarkan secara meluas di negara China, namun pihak Australia yang menkoordinasi pencarian MH370 di selatan belum mengesahkan, apakah signal itu berkemungkinan daripada MH370.

Jika benarlah, signal itu berasal daripada MH370, maka kemungkinan besar akan terungkai, kehilangan misteri pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang berlepas daripada KLIA pukul 12.41 pagi 8 Mac menunju Beijing, destinasi terakhirnya.

Kali ini, Anwar akan terbukti lagi, bahawa mengambil peluang daripada tragedi kehilangan pesawat MH370 bukan sahaja mencalarkan imejnya, akan tetapi besar kemungkinan akan terbongkar apa kah penyebab kehilangan pesawat malang itu. Satu pertanyaan besar!!! Mengapa Anwar mengambil pendekatan menuduh kerajaan disebalik kehilangan pesawat malang itu? sedangkan seharusnya surat khabar tempatan atau antarabangsa akan mempunyai headline, berkaitan hukuman 5 tahun penjara terhadapnya, atas sebab meliwat. Berita hukuman terhadap Anwar itu, tenggelam atas sebab kehilangan pesawat MH370.

Selama 27 hari kehilangan pesawat itu, Anwar hanya bercakap sedikit berkaitan pesawat itu, namun apabila pasti, bahawa pesawat itu bakal tidak dijumpai, atas sebab tiada sebarang clue di mana pesawat itu, maka Ketua Pembangkang itu yakin, pesawat itu bakal tidak dijumpai. Hari ke-28, Anwar membidas Kerajaan, selain menuduh bahawa kerajaan disebalik kehilangan pesawat itu. Namun, nawitu beliau, dijawab oleh pasukan China apabila mengesan pulse daripada kotak hitam, walaupun belum disahkan.

Melihat route pesawat apa kah memang mahu mendarat di Perth? Kerana kehabisan minyak lalu terhempas.

1 comment:

Anonymous said...

rasanya menuju perth. siapa yg ada di negara australia.

Blog Archive