Bluefin-21 sudah mencari di kawasan kira-kira 50 peratus lokasi sasaran di dasar laut dan tiada penemuan konkrit diperoleh setakat ini, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dalam kenyataan terbaharu hari ini.
JACC berkata, Bluefin-21 menamatkan selaman kali ketujuh pada awal hari ini.
Sehingga ini, ia sudah mencari di kawasan kira-kira 50 peratus yang menjadi sasaran di dasar laut.
Katanya, selaman kali kelapan sudah bermula. "Tiada sebarang penemuan diperoleh setakat ini," katanya.
Kawasan tumpuan pencarian di dasar laut ditetapkan dalam lingkungan jejari 10 kilometer selepas Towed Pinger Locator mengesan kali kedua isyarat pada 8 April lalu.
Sementara itu, 11 pesawat tentera dan 12 kapal akan membantu misi mencari hari ini yang mungkin terjejas berikutan ramalan hujan di beberapa tempat dan ribut petir.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang membuat pencarian membabitkan kawasan seluas 48,507 kilometer persegi di dua lokasi berbeza. - Agensi
1 comment:
Mungkinkah mereka hanya mencari benda yg x wujud ???
Post a Comment