Telah masuk hari ke-46, kehilangan Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, tiada sebarang petunjuk di mana pesawat itu.
Kini banyak yang mempersoalkan mengapa data daripada Immarsat yang menggunakan Koppler Effect yang tidak pernah digunakan untuk menentukan lokasi terakhir pesawat malang itu.
Kesangsian terhadap kaedah itu, sekurang-kurangnya telah 46 hari terbukti sebagai tidak tepat, sehingga operasi mencari nampak sia-sia.
Andaian sebelum ini, bahawa pesawat malang itu sebenarnya telah mendarat di suatu lokasi rahsia, mendekati kebenaran, apabila selama 46 hari tiada sebarang clue berkaitan pesawat itu. Petanda yang ada adalah pancaran "kotak hitam" yang dikesan pada 6,7.8 April lalu di lokasi pencarian, namun tekonologi canggih robot bluefin 21, yang melakukan pemetaan dasar laut di lokasi di mana pencaran itu dikesan, sehingga kini tidak menemukan apa-apa.
Selama 46 hari, tiada sebarang serpihan, yang biasa terdapat apabila sesebuah pesawat terhempas; namun petanda seperti itu tidak pernah muncul.
Berasaskan keadaan yang ada, besar kemungkinan pasukan pencari mencari di tempat yang salah.
7 comments:
pada mulanya aku gembira bila berita menyatakan MH370 disyaki berakhir di Lautan Hindi .. bukan gembira kerana ianya terhempas tapi adanya tempat yang berpotensi boleh dilakukan operasi pencarian
tapi bila hari berganti hari .. pencarian demi pencarian tapi tak satu pun tanda MH370 ada disana .. aku jadi sangsi
apatah lagi bila berita kononnya isyarat black box telah dikesan
aku lah orangnya yang mempertikaikan tentang isyarat ini di laman blog yang lain .. tentang BAGAIMANA black box masih boleh berfungsi pada kedalaman 3 ribu kaki kerana aku adalah seorang penyelam
kaji semula rakaman radar terutama dari pihak US ... itupun jika mereka beri rakaman yang asal
lupakan lautan Hindi ..Andaman taupun Laut China Selatan
jika dunia boleh percaya pada 11/9Pentagon telah dirempuh dengan kapalterbang apalagi dengan visual letupan sedangkan tak ada satu sepihan pun dari kapalterbang itu yg ditemui... apa maknanya ???
masalahnya .. tiada Negara lain didunia ini yang boleh memaksa USA benarkan Diego Garcia .. Afghanistan disiasat
tiada siapa !!
tak payah nak tuding jari pada kerajaan Malaysia ... "Si Kambing Hitam"
Masa insyarat ping ari tu lg aku dah ckp sama bini aku..... kapal gerenti x jumpa...
Ping akan hilang dan jd misteri begitu sajaa...
Saya pernah terlibat dlm satu misi SAR mencari heli yg terhempas hujung tahun lepas di Laut China Selatan. Oleh itu saya faham betapa sukarnya pencarian ini. Isyarat PING blackbox boleh didengar 'up to 5 nautical miles'. Kedalaman 4000kaki hanyalah sekadar 0.6583batu nautika jadi memang masih boleh didengar di permukaan. Yg menjadi masalah adalah nak pinpoint bunyi tersebut. Itu yg sedang mereka cuba lakukan. Tambahan pula dengan cuaca yg tak menentu menyukarkan lagi keadaan.
Pencarian di laut tak semudah di darat. Tambah lagi dengan kedalaman kawasan pencarian. Setiap inci perlu dicari dan 'overlapping' kawasan pencarian perlu dibuat supaya tak terlepas pandang menjadikan masa pencarian bertambah.
Walaupun koordinat tepat kemalangan telah diberikan semasa pencarian heli kami, namun ia mengambil masa hampir sebulan sebelum kami menjumpai heli tersebut kerana kekangan cuaca dan peralatan. Oleh itu, berilah masa kepada mereka yg mencari untuk melakukan tugas mereka.
Pesawat Air France yg terhempas di laluan yg sepatutnya pun mengambil masa dua tahun sebelum dijumpai apatah lagi MH370 yg menyimpang.
mintak maap la yer anon 23:23
hujung yg belah mana ni .. utara atau selatan ?
tak tau pulak ada kedalaman sampai 4 ribu kaki ... 100 hingga 450 kaki itu kedalam biasa LAUT CHINA SELATAN
Heli mana pulak yang ada Black Box .. milik tentera atau awam ?
first time tau heli ada black box .. menarik ni ....
Yg dorg dok cari MH370 sekarang kat Lautan Hindi bukan Laut China Selatan.
4000kaki menjawab komen anon 16:56 macamana boleh dengar isyarat PING pada kedalaman 3000 kaki.
Yang saya cari, heli terhempas kat Laut China Selatan. Heli sapa takleh bagitahu sebab siasatan belum selesai. Gambar pun ada tapi takleh nak post kat FB lagi atas sebab yg sama.
Semua kapal terbang sekarang termasuk heli ada blackbox. Tak kira tentera atau awam. Sebabnya, kalau terhempas dan semua mati, masih ada rekod bagaimana kejadian berlaku dan boleh siasat.
Lokasi blackbox heli, sama macam kapal terbang biasa, kat belakang.
Dan, blackbox bukan hitam tapi florescent orange.
Ada soalan lagi?
Pembetulan. Semua kapal terbang KOMERSIAL termasuk heli. Kalau private aircraft macam cessna, ada yg takde blackbox.
Post a Comment