Sunday, April 13, 2014

MH370: Pasukan Pencari Kehilangan Clue- Patutnya Amerika Beri Maklumat!!!

Tiada lagi pancaran daripada Kotak Hitam MH370? daripada hari selasa. Sebelum ini, dilaporkan kapal Ocean Shield mengesan 4 pancaran sementara kapal Haixun 01 satu pancaran.

Dengan kehilangan pancaran, pasukan pencari kehilangan clue; armada pencari termasuk kapal udara, laut dan kapal selam, kini kembali kepada situasi permulaan operasi mencari, seperti mencari jarum dalam tumpukan jerami, namun yang paling mencabar, jeramipun belum diketahui berlokasi di mana.

Dalam perkembangan lain seorang penulis Amerika dan juga Host radio Dr Kevin Barrett memberi tahu saluran TV Iran, sebenarnya CIA tahu di mana pesawat malang itu. Satellite mata-mata Amerika yang terletak di Alice Spring Australia, sebenarnya mengetahui di mana pesawat malang itu. Walaupun Amerika menafikan bahawa pesawat itu tidak pernah mendarat di Diego Garcia, namun negara kuasa besar itu memerlukan lebih sebulan untuk menafikannya.

Melihat simpang siur maklumat kehilangan pesawat malang itu, sejak dihari kehilangannya sehingga ke hari ini, benarlah bahawa kehilangan pesawat ini, memang satu perancangan rafi, agar ianya menjadi misteri kehilangan pesawat abad ini.

Manakan tidaknya, memasuki hari ke-36, tiada sebarang clue berkaitan pesawat itu, kecuali pancaran daripada kotak hitam yang masih diragui.

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru berlepas daripada KLIA menuju Beijing pada pukul 12.41 pagi 8 Mac, seharusnya mendarat pada pukul 6.30 pagi di destinasi terakhirnya itu, namun sehingga kini hilang tanpa dikesan.

3 comments:

Anonymous said...

Salam ...

Australia main 'PING', Kita semua kena 'PONG'....!

Jadi sekarang kita main Ping Pong aje lah..

FIKIR FIKIR sejenak...ADAKAH AKAL KITA MAHU MEMPERCAYAI AMERICA SYARIKAT 'Enterprise',AUSTRALIA dan BRITISH ...!!?? dalam situasi terkini...negara yang dikatakan mempunyai teknoloji tercanggih..!

Saya lebih percaya kalau cerita Hantu kak Limah buka kedai jahit baju..!

Kepada keluarga MH370 saya pohon maaf jika tersingung dan banyak banyak bersabar . MAAF.

Unknown said...

sebenarnya MALAYSIA SEDANG DIPERBODOHKAN

Anonymous said...

Sebagai negara yang kecil tanpa pengaruh apakah yang mampu dibuat Malaysia? Kalau benar sekali pun ini konspirasi CIA-USA....siapa yang berani buka mulut? Hanya mampu berdoa dan mengharap lambat laun Allah akan tunjukkan kebenaran

Blog Archive