Selepas sebulan tiada sebarang serpihan. Operasi di lautan Hindi yang bermula 17 Mac hingga kini juga tidak menemui sebarang serpihan yang boleh dihubungkan dengan pesawat malang itu.
Hanya tiga pancaran yang menyerupai pancaran daripada Kotak Hitam dikesan oleh Pasukan China dan Australia, masing-masing pada 5.6. dan 7 Mac menghidupkan peluang mencari pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru yang berlepas daripada KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac lalu tujuan Beijing, China.
Memandangkan bateri Kotak Hitam itu sebenar sudah luput hari ini, maka pasukan pencari juga gagal menegsan sebarang pancaran di lokasi pencarian, 1,680 km barat laut Perth. Keadaan ini membingungkan pasukan pencari yang dikoordinasi Australia.
Tindakan berikutnya adalah menggunakan robotic under water vehicle, atau pasukan penyelam untuk menyiasat apa kah terdapat bangkai pesawat di dasar laut. Tindakan ini akan memakan waktu yang lama, atas sebab tiada sebarang lokasi tepat, di mana pesawat itu terjunam.
Gagalnya menemui sebarang serpihan, atas sebab keadaan arus Lautan Hindi yang kuat, tipuan angin yang tidak menentu, sehingga menyebabkan serpihan hanyut di merata lokasi jauh daripada lokasi pencarian. Harapan hanya, jika menemuai bangkai pesawat yang kini tersadai di dasar laut? yang berkedalaman 4,500 meter, dua kali kedalaman di mana tengelamnya Kapal Titanic di Lautan Utara.
Jika semalam, senyum terukir dibibir semua pihak, bahawa kehilangan MH370 mungkin tersingkap, kini kembali muram. Rupanya signal yang diterima itu adalah pancaran terakhir daripada Kotak Hitam pesawat itu, sebelum berhenti sama sekali memberi sebarang pancaran, atas sebab bateri sudah luput. Bateri Kotak Hitam mempunyai jangka hayat selama 30 hari. Bateri alat itu akan aktif apabila pesawat terhempas atau alat itu jatuh ke atas permukaan air. Kini, sudah genap sebulan pesawat MH370 hilang misteri dan sedang memasuki hari ke 31.
Nampak gayanya, kehilangan MH370, akan terus misteri untuk sementara waktu atau mungkin juga selama-lamanya. Jika pencarian pesawat MH370 diteruskan, persoalannya, apa kah negara-negara yang terlibat akan terus membantu? memandangkan kos yang terpaksa ditanggung akan mencecah ratusan juta ringgit. Sebagai panduan, Ocean Shield Kapal Laut Australia memerlukan AUD500,000 sehari dalam operasinya.
No comments:
Post a Comment