Latest News

MH370: Pasukan Pecari Terdesak: Terpaksa Adjust Kemampuan Menyelam Robot Bluefin 21

Robot milik Kapal Laut Amerika Bluefin 21 menyelam ke dalaman maksima 4.695 meter dasar laut, dalam usaha mencari bangkai pesawat MH370. 

Sebelum ini, robot itu timbul semula apabila melepasi limit yang ditentukan 4,500 meter; namun dalam usaha terdesak, maka kemampuan robot itu telah diprogramkan kepada kemampuan maksimanya.

Setakat ini selepas 6 kali percubaan robot itu, mengesan bangkai pesawat bawah laut, semuanya gagal mengesan sebarang petunjuk yang boleh dihubungkan dengan pesawat malang itu yang turut membawa 239 penumpang termasuk kru.

Kini, memasuki hari ke-42; tiada sebarang clue di mana pesawat MH370 yang berlepas pada pukul 12.41 pagi 8 Mac daripada KLIA menuju Beijing. Sepatutnya pesawat itu mendarat di destinasi akhirnya itu pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Robot Bluefin 21 mempunyai alat sonar yang mampu mengesan imej sebarang bangkai pesawat/objek di dasar laut. Penumpuhan kini adalah di kawasan 2,000km barat laut Perth, Australia.

1 Response to "MH370: Pasukan Pecari Terdesak: Terpaksa Adjust Kemampuan Menyelam Robot Bluefin 21"

Anonymous said...

Aku kadang kala simpati dengan apa yang menimpa Malaysia ni....Jelas Malaysia kena tipu dengan negara barat yang kununya mempunyai peralatan changih lagi terkini.Tahukah anda semua kapal Hms eco tu dah berbulan bulan kerja mengukur lautan hindi sebelah bawah australia tu .
Negara barat USA dan Australia menyembunyai sesatu.Kita kena main hidup hidup oleh merika semua .

Blog Archive