Tuesday, April 15, 2014

MH370: Operasi Bluefin selama 6 jam- Tidak Mengesan Apa-Apa

Bluefin 21 beroperasi pada kedalaman 4,300-4,400 meter, jika mendapat kedalaman lebih daripada itu, secara automatik, akan menghentikan operasi dan terus timbul. Pada kedalaman 4,300-4,400 meter, robot iru boleh beroeprasi selama 16 jam, akan tetapi pada operasi pertamanya, hanya 6 jam robot itu berhenti dan kembali mengapung. Walau bagaimana, data selama 6 jam selepas dimuatturun, tidak menemukan sebarang clue bangkai pesawat.  Cabaran kepada pasukan pecari, adalah kedalaman laut selain keluasan kawasan liputan. Namun sebagai panduan, pasukan pencari akan mempergunakan jangkaun pancaran daripada kotak Hitam pesawat itu, bagi menentukan keluasan kawasan pencarian. Berasaskan limit pada robot bluefin 21, maka operasi pemetaan dasar laut akan memerlukan 6-8 minggu untuk meliputi semua kawasan.

No comments:

Blog Archive