Armada pencari MH370 (grafik). Armada pencari di Lautan Hindi yang dikoordinasi Australia, sejak 17 Mac lalu. Kini, menurut Perdana Menteri Australia, lokasi Kotak Hitam berada dalam lokasi beberapa kilometer dalam liputan pencarian, sebelum benar-benar pasti lokasi sebenar pesawat MH370 terhempas. Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru hilang sejak 8 Mac lalu semasa berlepas daripada KLIA menunju Beijing. Sehingga kini, pihak pencari tergamam mengapa pesawat itu boleh bertukar laluan, dan setakat ini tiada jawapan. Mencari Kotak Hitam, adalah satu-satunya alat yang boleh diguna untuk mengetahui punca kejadian itu. Namun mencari alat itu bukan kerja mudah, memandangkan kedalaman lautan yang sungguh dalam, mencecah 19,000 kaki. Menjumpai lokasi Kotak Hitam, kemudian tindakan mengutip alat itu juga bukan kerja mudah. Ianya merupakan satu cabaran kepada teknologi terkini. |
No comments:
Post a Comment