Thursday, March 06, 2014

Sodomi II: Bebaskan Anwar: Hakim Khilaf-Tan Sri Shafee Abdullah

Hakim Zabidin Md Diah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar pada 9 Januari 2012 atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terkhilaf menurut Peguam Tan Sri Shafee Abdullah.

Shafee berhujah disebelah pagi dalam rayuan pembebasan Anwar, berkata, Hakim mahkamah Tinggi banyak kesilapan ketika membebaskan Anwar.

Antara kesilpan Hakim itu, antara lain gagal mengambilkan kira keterangan mangsa yang dirakam melalui kamera di mahkamah; gagal mengambilkira kegagalan penguambela memanggil saksi seramai 14 orang berkaitan dengan rakaman CCTV pada hari kejadian; gagal mengambilkira keterangan pakar-pakar kimia tempatan, serta gagal mengambilkira keterangan tertuduh yang memilih kandang saksi, yang tidak boleh disoalbalas oleh pendakwaan. Selain itu, hakim Zabidin juga gagal mengambilkira mengapa air mani tertuduh berada 4cm dalam dubur mangsa.

Menurut Shafee, Hakim Zabidin juga gagal mengambilkira keterangan pakar yang diupah Anwar Dr David Wells, bahawa keterangan pakar Australia itu tidak pernah digunapakai sebagai bukti keterangan di mana-mana mahkamah; melainkan keterangan Wells hanya berasaskan teori dan boleh disifatkan sebagai hearsay.

Shafee memohon mahkamah rayuan mensabitkan atas kesalahan liwat, kerana fakta-fakta  menunjukkan, bahawa memang berlaku perlakuan liwat, keputusan Hakmi Zabidin membebaskan tertuduh atas sebab meragui berkaitan sampel di mana hakim itu tidak yakin 100 peratus tidak terusik. Dalam kesalahan jenayah menurut Shafee, tidak semastinya pembuktian 100 peratus keraguan munsabah , akan tetapi faktor keseimbangan kemungkinan juga perlu diambil kira. Peguam itu merujuk seksyen 3 akta keterangan.

Keputusan Hakim Zabidin, hanya bersandarkan kepada satu faktor, iaitu beliau tidak yakin 100 peratus sampel yang diambil daripada dubur Saiful tidak terusik. Hakim itu, gagal memberi penghakiman, bagaimana DNA tertuduh boleh didapati daripada sampel itu, kulit tertuduh berjaya dikesan pada kuku mangsa; serta sampel air mani tertuduh didapati pada dubur mangsa. Perbicaraan bersambung esok.. peguambela Anwar secara konsisten berhujah berkaitan sampel, tidak menjawab kehadiran air mani tertuduh, tidak menjawab kehadiran tertuduh di kondominum Bukit Damansara pada kira pukul 3.01-4.30 petang 26 Jun 2008. Tidak menjawab keterangan mangsa merlalui kamera, juga tidak menjawab mengapa Anwar memilih dikandang saksi.

No comments:

Blog Archive