Siapa kah yang dipilih pengundi Kajang? Wan Azizah kah Mui Fun? Bernama melaporkan pada jam 3 petang seramai 23,536 (60.85%) telah keluar mengundi.SPR menjangkakan 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Dun Kajang dimenagi calon PKR pada tahun 2008 dan 2013. Pada 27 Januari lalu, ADUN kawasan itu dipaksa meletakan jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim bertanding, bagi membolehkan ketua pembangkang itu dilantik sebagai MB Selangor. Namun, Anwar dilarang bertanding, atas sebab dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan seks luar tabii, pada 7 Mac.
Sebenarnya, permainan PRK Kajang adalah satu skrip Anwar untuk membolehkan isterinya bertanding. Anwar tahu, bahawa dia tidak akan dapat bertanding; atas sebab itu bagi menjadikan isterinya seorang wakil rakyat, adalah perlu baginya untuk menghidupkan peluangnya dalam politik, seperti mana berlaku semasa beliau, tidak layak menjadi wakil rakyat sedikit masa dahulu.
Anwar bakal kehilangan kerusi parlimen Permatang Pauh, jika sekiranya mahkamah persekutuan memberi keputusan sepertimana keputusan mahkamah rayuan.
Hanya 50 minit lagi, semua pusat pengudian bakal ditutup. Siapa kah pemenang? Ramalan atas kertas, Wan Azizah bakal menang dengan mudah, bahkan diramal majoriti bertambah berbanding majoriti PKR pada PRU-13 lalu. Namun, perlu diingat, dalam politik semua boleh berlaku. Kajang telah dimenangi berbagai parti, tidak semestinya calon PKR akan tetap menang. Apa-apapun, keputusan PRK Kajang akan menentukan untung nasib MCA, jika Mui Fun kalah, ertinya kaum Cina, sudah memutuskan bakal tidak menyokong MCA lagi.
No comments:
Post a Comment