Saturday, March 29, 2014

MH370: Pesawat New Zealand RNZAF P3 Orion Kesan Objek Berwarna Biru-Putih


Semalam 700 batu di utara pencarian asal, Pesawat New Zealand RNZAF P3 Orion berjaya mengesan beberapa objek berukuran 4 segi berwarna biru putih, yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370.

Objek-objek itu akan disahkan hari ini oleh kapal laut daripada China. Menurut pasukan pencari, objek-objek itu terapung di bawah permukaan air berdekatan satu sama lain, tetapi sebahagian lagi berjauhan ratusan batu.

Telah 3 minggu kehilangan pesawat B777-200ER MH370 yang membawa 239 penumpang bersama kru semasa menuju Beijing pada 8 Mac lalu.

Sehingga kini, penyebab mengapa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi masih misteri.

No comments:

Blog Archive