Misi mencari Kotak Hitam, pesawat malang MH370 bermula. Ocean Shield milik Australia akan menunda Finger Underwater Locator, sejenis alat yang direka khas mengesan signal kotak hitam, dalam lingkaran 1 batu. Penggunaan Finger Locator, adalah menemukan terlebih dahulu di mana pesawat terhempas, melalui serpihan yang ditemukan. Tanpa serpihan sebagai clue, alat pengesan black box hanya standby.
Telah 23 hari kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, yang sepatutnya mendarat di destinasi terakhirnya Beijing pada pukul 6.30 pagi 8 Mac lalu.
Telah 23 hari kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, yang sepatutnya mendarat di destinasi terakhirnya Beijing pada pukul 6.30 pagi 8 Mac lalu.
Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pada 24 Mac, bahawa pesawat malang itu berakhir di Lautan Hindi, berasaskan pengiraan matematik mengunakan Doppler Effect, satu kaedah yang menggunapakai gelombang radio temuan tahun 1842.
Tekonologi terkini, daripada 26 negara , kecuali Russia telah digunakan mencari pesawat malang itu, namun sehingga kini belum ada sebarang clue di mana pesawat malang itu.
Apa yang jelas terlihat daripada operasi mencari pesawat malang itu adalah kerjasama antara negara merentasi fahaman politik, namun berbeza tanggapan orang Malaysia sendiri, di mana ada rakyat negara ini membidas kerajaan Najib sebagai sebuah kerajaan yang tidak berkemampuan menangani krisis.
Anwar Ibrahim, mencemuh kerajaan, mencemuh media yang dikontrol kerajaan, dengan tuduhan tidak telus, tidak mempunyai koordinasi sehingga maklumat yang diberikan oleh pegawai-pegawai Malaysia saling bercanggah antara satu sama lain.
Malah Anwar mendabik dada, bagaimana Beliau menangani runtuhnya Highland Tower tahun 1993, dan juga bagaimana Kerajaan menangani rampasan Bangunan AIA tahun 1975 oleh Tentera Merah Jepun. Namun, apa yang Anwar lupa, bahawa kehilangan pesawat MH370 sesuatu yang amat berbeza, atas sebab semua pihak terperangkap dengan maklmuat yang sangat minima, terperangkap dengan keadaan yang bukan statik bukan seperti runtuhnya Highland Tower atau Perampasan Bangunan AIA di Kuala Lumpur.
Kesilapan oleh TUDM tidak memintas pesawat malang itu, apabila dikesan berpatah balik secara tiba-tiba, adalah penyumbang kepada hilangnya MH370 secara misteri sehingga kini. Suatu pengajaran kepada negara, bahawa keadaaan serupa ini jangan berlaku lagi. Kalau tiadanya kesilapan itu, maka kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana kemampuan negara berdepan dengan krisis besar seperti ini, juga kita tidak dapat melihat sejauh mana kemampuan kita mengkoordinasi berbagai negara yang berlainan ideologi dapat berkerjasama sebagai satu pasukan dalam misi kemanusiaan.
Nampaknya, persitiwa kehilangan pesawat MH370, memperlihatkan bahawa manusia adalah manusia, saling dapat berkerjasama; walaupun dalam negara sendiri, pihak pembangkang mengambil peluang mempolitikkan kehilangan pesawat malang itu. Seharusnya, kita boleh menilai, bahawa kepimpinan Pembangkang, adalah terdiri daripada para pemimpin yang menghalalkan cara demi kepentingan politik dan kedudukan.
No comments:
Post a Comment