Friday, March 14, 2014

MH370 menghantui PRK Kajang

Tiada kena mengena antara kehilangan misteri B777-200ER MH370 dengan PRK Kajang, namun pengundi atas pagar melihat bagaimana kerajaan mengendalikan kehilangan pesawat malang itu.

Telah masuk hari ke 7 atau genap seminggu menghampiri 150 jam , kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew, bukan sahaja rakyat negara ini malahan dunia menunggu dengan tidak sabar khabar pesawat MH370.

Malaysia sebagai hos kepada operasi mencari dan menyelamat, kelihatannya panic, walaupun pada awalnya Malaysia downplay kehilangan pesawat itu, apabila kerajaan memperlukan lebih 12 jam untuk memberi respon. Selain itu juga, MAS memerlukan lebih 5 jam, selepas pesawat itu hilang daripada radar kawalan udara Subang untuk memberi respon.

Semakin hari, dunia semakin dihidangkan dengan maklmuat yang bercanggah antara satu sama lain, walaupun negara kuasa besar seperti Amerika dan China turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Amerika dan China bukan calang-calang telah menghantar asset yang mempunyai peralatan canggih bagi kerja-kerja mengesan.

Sebagai hos, Malaysia melibatkan asset yang paling banyak, namun keupayaan asset kita, tidaklah secanggih apa yang dimilki dua negara adi kuasa itu.

Vietnam, walaupun mempunyai asset yang dianggap lapuk, namun komitmen negara itu berbanding Thailand, Indonesia dan Singapura, jauh lebih terserlah, walaupun sebelum ini, agak marah, atas sebab koordinasi yang tidak teratur, menyebabkan negara itu mengancam mengurangkan tempo operasi mencari dan menyelamat.

Keterbukaan maklumat internet, menyebabkan misteri kehilangan pesawat MH370 menghantui PRK Kajang, atas sebab penggundi kawasan itu agak terbuka berkaitan maklmumat daripada internet.

Pergerakan maklmumat yang simpang siur, bukan sahaja antara juru cakap daripada Malaysia, malah maklumat daripada pakar-pakar penerbangan saling bertolak belakang satu sama lain, menggambarkan bagaimana koordinasi operasi pencarian dan penyelamat pesawat malang MH370 mempengaruhi penggundi atas pagar PRK Kajang.

Terlihat, bahawa jurucakap daripada Malaysia yang diketuai Menteri Pertahanan dan Pengangkutan Dato Seri Hishamuddin, semacam tidak bercommand, sehingga menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan.

Dalam keadaan krisis, apa yang perlu adalah command figure, ertinya, setiap kenyataan daripada command figure itu, boleh meredakan kebimbangan, malah mampu mengekang kemarahan.

Apa yang berlaku, sejak 6 hari lalu, sudahlah lambatnya pihak kerajaan memberi respon, juga berlakunya kenyataan yang membingungkan terutama keluarga penumpang MH370. 
 
Apa yang kurang dapat diterima oleh keluarga penumpang MH370 khasnya dan orang awam amnya, ketersediaan alat komunikasi dan ICT yang serba canggih abad ini, pun demikian, tidak banyak membantu menemukan pesawat malang B777-200ER MH370.

No comments:

Blog Archive