Monday, March 10, 2014

MH370: Kehilangannya Masih Belum Terjawab

Hampir 72jam, operasi mencari pesawat B777-200ER nombor penerbangan MH370 dengan 239 penumpang termasuk 12 krew yang hilang daripada radar jam 2.40 pagi 8 Mac 2014, masih berlum terjawab.

Berbagai teori sudah dianalisis dan dimabil tindakan, namun sehingga jam 21.38 waktu Malaysia, belum ada tanda-tanda penemuan pesawat malang itu.

Tidak dapat disahkan apa yang berlaku dengan pesawat itu. Tidak juga terhempas, tidak juga dirampas.

Kehilangan pesawat MH370 merupakan suatu kejadian pelik, atas sebab belum pernah berlaku dalam dunia serba canggih ini, kehilangan pesawat canggih seperti B777-200 terlalu sukar untuk ditemui.

Operasi mencari yang dilengkapi peralatan canggih, termasuk bantuan satellite, belum mampu mengesan pesawat malang itu.

Gerakan laut dengan 40 buah kapal, gerakan udara dengan 34 pesawat, boleh dikatakan telah mengharungi ceruk, di kawasan yang boleh dijangkau pesawat itu, berasaskan kelajuan pada masa ianya hilang daripada radar.

Satu maklumat daripada pakar2 bawa laut sahaja yang belum memberikan apa-apa kenyataan, kerana pasukan itu masih mejalankan tugas mengesan. Kedalaman laut antara 3,000-4,000 meter merupakan satu penghalang, besar kemungkinan mini submarine perlu digunakan bagi mengesan apa kah pesawat itu berada di dasar laut. Di daratan pula, mustahil tidak dapat dikesan melalui radar, kerana pesawat itu bukan pesawat kecil, apabila terhempas pada kawasan hutan tebal, maka sukar untuk dikesan. Pesawat sebesar itu, jika jatuh di kawasan hutan, setebal manapun, pasti berbekas, atas sebab besarnya pesawat.

Ramai yang mengatakan kehilangan pesawat canggih itu dihubungkan dengan Bermuda Triangle; satu andaian yang kurang tepat atas sebab, asia tenggara bukan kawasan segi tiga itu.

Usaha manusia tetap usaha manusia. Allah juga yang tahu apa yang berlaku. Sambil berusaha, kita berdoa pada Tuhan, agar semuanya dipermudahkan.

1 comment:

Scripters said...

Salam Tuan... nak kaitkan dgn Bermuda Triangle memang tak munasabah... tetapi di selatan Filipina terdapat satu jurang yang dinamakan Jurang Mariana yang paling dalam di dunia... serta di Jepun juga terdapat Dragon Triangle yang fungsinya sama seperti Bermuda Tiangle. Di blog saya ada kedua2 maklumat tu... jemputlah baca.

Blog Archive