Latest News

MH370: Di Mana Pesawat Malang Itu?

Bukan sahaja keluarga mangsa bertanya di mana pesawat malang itu, akan tetapi seluruh dunia juga bertanya pertanyaan yang sama.

Selepas 23 hari harapan hanya harapan. Berbagai negara yang dikoordinasi Australia, mengunakan teknologi canggih, namun hingga kini belum menemukan sebarang clue berkaitan pesawat malang itu.

Apa apa yang kita mengamati kenyataan para pemimpin, walaupun terlihat di wajah, No Hope, tetapi usaha terus dilakukan, sehingga menemukan pesawat malang itu. Jika pada suatu masa, pencarian terpaksa ditamatkan, maka keputusan itu akan ditentukan masa itu, dengan sebab-sebab yang konkrit.

Pencarian pesawat malang MH370 dianggap misteri, meskipun dinyatakan berakhir di Lautan Hindi. Pencariannya berlainan dengan kehilangan pesawat sebelum ini, atas sebab misterinya laluan pesawat itu.

MH370 berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac daripada KLIA menuju Beijing bersama 239 penumpang termasuk kru dan sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhirnya, namun hingga kini tidak pernah sampai-sampai.

1 Response to "MH370: Di Mana Pesawat Malang Itu?"

Anonymous said...

Penyokong PAS mengatakan kerajaan bodoh kerana mencari di Lautan Hindi kerana mereka yakin pesawat telah terhempas di Laut China Selatan.

Penyokong PAS mempersoalkan tentang kos yang telah dibelanjakan, bagaikan mencari mangsa atau jawapan kepada kehilangan mh370 ialah satu pembaziran. Bagaimana kalau anak isteri mereka yang ada dalam pesawat tersebut. Entah..ntah.. mereka akan merayu-rayu mintak kerajaan jangan berhenti berusaha.

Anwar pulak tuduh kerajaan membazir wang kerana telah mencari di Laut China Selatan.

Lihat:

http://www.abc.net.au/news/2014-03-31/malaysia-cost-time-money-in-search-says-opposition/5355560

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim says the Malaysian government knew the search for MH370 was taking place in the wrong area before they announced it.

South East Asia correspondent Samantha Hawley
.............................

Ada juga yang tuduh PM dan Hishamuddin bodoh kerana percaya kononnya percaya bulat-bulat bahawa pesawat telah berakhir di Lautan Hindi. Mereka yakin pesawat telah disembunyikan di satu lokasi rahsia.


Bagi saya, kalau perampas tu hanya mahukan kargo yang di bawa oleh mh370, mereka tetap akan bunuh penumpang dan kru (takkan mereka nak tanggung hidup 239 orang yang boleh beritahu dunia siapa mereka, kan?).

Kalau perampas hanya mahukan pesawat untuk guna sebagai senjata ala-ala 9/11, lagi sekali, takkan mereka nak tanggung 239 orang utk tempoh yg lama, ada 2 orang bayi pulak tu.

Kalau perampas hanya mahukan 20 orang saintis dalam pesawat tu (yg mungkin akan dijual kpd pihak2 yang mahu membeli), takkan mereka nak bebaskan yang 219 'saksi'?

Bagi saya, walau apapun motif si perampas, mereka tak mungkin akan lepaskan penumpang dan kru kembali kepada keluarga mereka semula.

Apa yang mereka nak buat dengan kargo atau dengan pesawat tu, mereka sudah lakukan sekarang.

Harapan kita, semoga mereka 'belum' buat apa yang mereka rancang nak buat terhadap penumpang dan kru.

Bagi saya, pantang maut sebelum ajal. Kita mesti terus mencari dan mencari.

Blog Archive