Sejak akhir-akhir ini, nampak jelas wujudnya kem-kem dalam Umno. Kem Tun Dr Mahatir dan Tun Daim, kem Datuk Seri Najib Razak serta kem Tan Sri Muhiyiddin Yassin, selain kem Tengku Razalegh Hamzah.
Pemilihan Umno Oktober tahun lalu, merancakan lagi kecenderungan wujudnya kem-kem. Sebabnya, keputusan pemilihan itu tidak mencerminkan percantuman/asimilasi semua kem. Kegagalan total calon Naib Presiden Dato Paduka Mukhriz Mahatir mendapat sebarang undi electoral college di Pahang, menghangat lagi kewujudan kem-kem.
Di Sabah, terlihat dua orang pemimpin telah menampakan dirinya berpihak pada kem mana. Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Speaker Dewan Undangan negeri Sabah, jelas sejak akhir-akhir ini telah 100 peratus bernaung di bawah kem Perdana Menteri yang juga Presiden Umno. Manakala Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, terlihat lebih cenderung kepada penyatuan kepimpinan melayu/bumiputera, tanpa mengira parti.
Pendirian Salleh, boleh dianggap sebagai cerminan kepada kepimpinan Umno Sabah; kerana suatu ketika Salleh pernah berkata, bahawa beliau senantiasa patuh dan mengikut rentak Pengerusi Perhubungan Umno negeri, atas sebab sebagai pemimpin nombor 2, maka beliau perlu bertindak sebagai pemimpin nombor dua. Dalam sebuah kapal, hanya satu kapten, demikian kenyataan Speaker itu selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah pada tahun 2009.
Para penulis veteran seperti A.Kadir Jasin, Yahya Ismail, telah mengambil keputusan menolak Kem Najib. Malah Yahya Ismail secara terbuka meminta Tun Dr Mahathir perlu memimpin Umno semula untuk menyelamatkan parti terbesar melayu itu. Sementara A.Kadir Jasin, mencadangkan agar Najib dan Anwar bersatu menentang kem Tun Dr Mahathir dan Tun Daim, satu sindiran sinis. Memang, penulis veteran ini, tiada apa-apa jawatan dalam parti; akan tetapi tulisan mereka boleh menjadi "poll" pendapat, yang mampu mempengaruhi pemikiran rakyat, terutama dalam dunia siber dan media alternatif.
Selepas PRU-13, secara konsisten mereka yang menyokong kem Tun Dr Mahathir secara bertali arus membidas kepimpinan Najib dengan berbagai gelaran. Selain gelaran pemimpin dibawah ketiak isterinya, juga Najib diberi jolokan pemimpin yang lemah serta pemimpin yang tidak mempunyai halatuju, "headless chicken".
Pada satu posting A. Kadir Jasin, pernah mencadangkan agar Datin Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri untuk menggantikan menetri yang tidak mampu berkerja. Cadangan sinis Kadir itu, mengulas kenyataan Najib semasa perhimpunan Umno berkaitan kejayaan isterinya semasa berlaku krisis di Mesir.
Yahya Ismail pula terus mengeritik Najib dan mendakwa bahawa Najib adalah sealiran dengan Anwar, melalui konsep 1Malaysia. Penulis veteran itu, membidas konsep itu, dan mendakwa ianya satu pendekatan penghapusan ketuan melayu. konsep 1Malaysia menurut Yahya, adalah sama dengan perjuangan Anwar mengenai liberlisme.
Pendek kata, penedekatan kepimpinan Najib adalah 'copycat" perjuangan Anwar, hanya yang berbeza adalah namanya.Itulah alasan yang diberikan oleh pengeritik yang menolak kepimpnan Najib.
Kem Najib cuba melepaskan diri daripada pengaruh Tun Dr Mahathir, apabila beliau melantik Khairy Jamaluddin sebagai menteri penuh. Tindakan Najib dikatakan sebagai pukul anak untuk sindir menantu. KJ mendapat kritikan yang cukup pedas daripada Tun Dr Mahathir semasa Pak Lah masih Perdana Menteri. KJ yang dikatakan mengetuai kumpulaan budak-budak Tingkat 4 Putrajaya yang menjadi penasihat Pak Lah.
Benar juga, KJ berterima kasih atas perlantikannya. Apabila timbul perletakan jawatan pengerusi Hindarf, Kj membela Najib dan membidas mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Tindakan Najib mahu melepaskan diri daripada pengaruh Mahathir, menyebabkan Tun Daim keluar daripada pertapaannya. Daim dalam satu wawancara dengan Kinibiz, membidas kempimpinan Najib. Mantan Menteri Kewangan itu menganggap Najib sebagai Perdana Menteri yang tidak mempunyai polisi yang jelas, yang menyebabkan berbagai kecelaruan dalam negara, baik dalam ekonomi, sosial dan politik.
Malah Daim, menyatakan bahawa kekuatan sesebuah kerajaan bukan terletak kepada mandat daripada rakyat, akan tetapi terletak kepada polisi yang jelas. Jika polisi dilandasan yang betul, maka menurut mantan Menteri Kewangan itu, secara automatik rakyat akan menyokong. Selain itu, Daim juga membidas anggota kabinet Najib adalah terdiri daripada mereka yang tidak arif dengan kemahuan dan latar belakang rakyat; keadaan itu, menambah lagi keadaan yang sudah rumit bertambah rumit.
Kini timbul lagi satu presepsi, bahawa melalui PRK Kajang, PRK itu akan menjadi medan untuk mengukur kepimpinan Najib. Malah ada yang mengatakan, jika calon Bn kalah pada PRK itu, maka ianya akan dijadikan sebagai katalis untuk mendesak Najib bertanggungjawab dan seterusnya akan didesak untuk meletakkan jawatan.
Para penentang Najib, sedang rancak menggambarkan, bahawa jika Perdana Menteri ke-6 itu terus menerajui Umno dan BN, maka pada PRU-14 akan datang, gabungan berbagai parti dan Ngo itu akan mengikuti apa yang telah berlaku kepada Parti Kongres India dan Parti LDP Jepun serta parti Golkar pimpinan Soeharto.
Kemenangan sesebuah parti politik dalam sistem demokrasi terletak bagaimana kesatuan semua peringkat dalam kepimpinan. Namun, jika kem-kem berterusan, maka kesudahannya, parti akan hancur, bukan kerana lawan, akan tetapi oleh diri sendiri. Kehancuran parti Umno, akan terletak kepada ego para pemimpin. Akhirnya rakyat yang bergantung harap kepada pembelaan parti, akan melopong apabila parti itu rebah.

No comments:
Post a Comment