Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Datuk S. Nallakarupan menyelar tindakan Ketua Pembangkang itu yang menggunakan taktik lapuk sebagaimana pernah beliau lakukan ketika bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
Menurutnya, kini Anwar menggunakan modus operandi yang sama untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah dikosongkan oleh wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara tiba-tiba.
Berikut kenyataan penuh Nallakarupan: (seperti disiarkan Utusan di sini)
Menurutnya, kini Anwar menggunakan modus operandi yang sama untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah dikosongkan oleh wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara tiba-tiba.
Berikut kenyataan penuh Nallakarupan: (seperti disiarkan Utusan di sini)
* Azmin Ali seorang dayus yang tiada taraf bercakap tentang Perdana Menteri kita. Sekiranya beliau mempunyai otak dan waras, maka tidak mungkin Azmin mahu Perdana Menteri bertanding melawan manusia yang tidak bermoral seperti Anwar.
* Kita semua tahu Anwar sangat takut dengan keputusan rayuan kes liwat pada 12hb dan 13hb Februari ini maka sebab itu dia mahu bertanding di Kajang. Ini taktik yang sama digunakan seperti 2008 di Permatang Pauh. Perbalahan di antara Khalid dan Azmin hanyalah satu sandiwara politik sahaja. Saya sangat kenal cara Anwar berpolitik sebab itulah Anwar patut diberi anugerah Bapa Putar Alam Malaysia.
* Anwar boleh disifatkan sebagai seorang gila kerusi sebab dia sudah ada kerusi Parlimen Permatang Pauh, tapi sekarang mahukan kerusi DUN Kajang pula. Maka saya ingin cadangkan kepada Perdana Menteri supaya beri Anwar satu lagi kerusi Senator di Dewan Rakyat. Mungkin Negeri Kelantan boleh beri Anwar kerusi Ahli Majlis Perbandaran pula supaya lengkap beliau sebagai ahli politik yang miliki 4 kerusi.
* Jika Anwar menang beliau akan tukar Kajang menjadi ibu negeri Selangor. Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pasti gembira sebab boleh berpindah rumah ke Kajang. Itu sebab Azmin dan Shamsidar anggap Anwar sebagai world class.
* Pengundi Kajang perlu memahami siapakah Anwar dan Azmin. Semua yang diungkapkan oleh mereka berdua hanyalah bersifat retorik tidak benar. Contohnya, sebelum ini Anwar berminat untuk menjadi Perdana Menteri tetapi akhirnya hanya tinggal angan-angan tetapi rakyat telah dibohongi dengan cekap. Anwar sebenarnya berminat untuk bertanding di Kajang kerana berdekatan dengan Penjara Kajang. Home sweet Home beliau.
* Saya sangat mengenali Anwar lebih daripada orang lain, saya kenal sikap dayus dan gila kuasa yang sudah sebati dengan dirinya. Anwar sangat pentingkan diri dan akan berbuat apa sahaja demi kuasa politik.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda berkata, tindakan tidak popular itu terpaksa diambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat Selangor kepada kerajaan negeri yang terjejas ekoran isu perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Katanya, Ketua Umum PKR itu sedar bahawa beliau terpaksa mengambil alih teraju kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor kerana parti tersebut tidak mempunyai seorang tokoh yang benar-benar berkaliber.
Anwar tahu sekarang ini kepincangan di Selangor begitu terserlah. Masalah kemelut dalaman PKR ini diperkatakan di merata tempat. Jadi, beliau terpaksa memainkan peranan di Selangor untuk mengembalikan keyakinan rakyat negeri tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Fauzi, beliau tidak merasakan Anwar berbuat demikian kerana ingin mengalihkan perhatian rakyat daripada rayuan kes liwat dihadapinya atau mengelak daripada dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
Rayuan kes liwat itu sudah difailkan dan hanya menunggu masa untuk dibicarakan. Sama ada Anwar bertanding di DUN Kajang atau tidak, kes itu tetap akan berjalan.
Undang-undang di Malaysia ini tidak mengira siapa. Kalau bersalah, menteri besar atau sesiapa sahaja akan dikenakan hukuman," katanya.
Katanya, motif utama kepada tindakan Anwar itu bukan kerana mahu menjadi Menteri Besar Selangor tetapi bagi meredakan konflik antara Abdul Khalid dengan Azmin.
No comments:
Post a Comment