Thursday, February 20, 2014

PRK Kajang: Apa Yang BN Dapat?

Kekosongan kerusi Kajang, bukan atas sebab-sebab kematian, atau penyandangnya hilang kelayakan. Kekosongan kerusi kawasan itu, adalah satu perancangan Anwar, untuk melicinkan blue boynya Azmin Ali bakal dilantik sebagai MB Selangor.

Azmin sejak tahun 2008 dan sehingga selepas PRU-13, beria-ia sangat menduduki jawatan itu, namun tidak kesampaian.

Atas sebab itu, Anwar perlu melakukan sesuatu, agar Azmin dapat direalisasikan sebagai MB. Caranya beliau perlu menduduki kerusi itu terlebih dahulu, kemudian melepaskannya untuk Azmin.

Walaupun berbagai andaian, bahawa Anwar mahu menduduki kerusi MB sebagai batu loncatan menjadi PM, dan mempergunakan kewangan Selangor untuk mencapai cita-citanya, namun beliau boleh juga mempergunakan kekayaan Selangor, meskipun bukan sebagai MB, jika Azmin menjawat jawatan itu.

Azmin akan patuh dan akur apa sahaja permintaan Ketua Pembangkang itu; tidak sama dengan Tan Sri Khalid ibrahim, yang banyak menolak permintaan Anwar; sehingga mendapat kritikan pedas daripada Azmin serta kumpulannya.

Bebalik kepada PRK Kajang, jika Bn mengemukakan calon melawan Anwar, bakal apa Bn dapat? Kalau dilihat daripada segi fakta, sebaik sahaja Najib dilantik sebagai Perdana Menteri tahun 2009, beliau mengambil alih Pengerusi Umno negeri. Melalui kepimpinan PM itu, berbagai habuan berbentuk projek atau bantuan kewangan mengalir ke Selangor, walaupun sebenarnnya negeri itu, tidak memperlukan sangat bantuan kewangan itu. Apa balasannya, kerusi Bn pada PRU-13 bukannya bertambah malah menyusut kepada 12, berbanding PKR 14, PAS 15 dan DAP 15. Gabungan tiga parti itu membolehkan mereka memerintah Selangor dengan kuasa 2/3, dan membolehkan mengubah undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Melihat kepada keputusan PRU-13, keputusan PRK Kajang tidak mengubah apa-apa. Jika BN mahu bertanding, semata-mata untuk memalukan Anwar melalui kekalahan atau mengurangkan majoriti, adalah suatu khayalan, kerana fakta menunjukkan, bahawa pengundi cina yang berjumlah 40% akan mengundi sepenuhnya calon PR, kerana telah diketahui, bahawa kaum cina sudah meninggalkan Bn sejak PRU-12.

BN tidak boleh bersandar kepada 48% pengundi melayu, kerana pengundi itu terbagi kepada tiga kumpulan, Umno, PKR dan PAS. Oleh kerana PKR dan PAS satu kem, maka majoriti pengundi daripada kaum itu adalah pada PR.

Setakat ini, tiada isu yang boleh Bn bawa untuk memenangi PRK itu. Menghandalkan kepada latar belakang Anwar dan masalah moralnya, tidak akan mempengaruhi pengundi yang telah lama memutuskan sebagai pengundi pembangkang.

Pengundi Kajang, bukan lagi bersandar kepada siapa calon, akan tetapi mereka sudah memutuskan bersama Pakatan Rakyat. Tak kan tempoh 8 bulan selepas PRU-13, boleh mengubah pendirian mereka.

Boleh sahaja BN meletakan calon pada PRK itu, dengan slogan Lawan Tetap Lawan, apa kah slogan itu berbaloi?

Tidak diragui, bahawa calon Bn akan mendapat 12-13 ribu undi, namun jumlah itu tidak cukup untuk menang. ertinya, apapun tindakan Bn pada PRK itu, jika meletakan calon, hanya meramaikan demokrasi; dan apa yang merugikan Bn adalah Anwar akan semakin popular, kerana bukan sahaja mendapat liputan di peringkat tempatan, malahan di peringkat dunia.

Mengapa Bn perlu ikut mempopularkan Anwar?

No comments:

Blog Archive