Azmin Ali sudah mencuba berbagai pendekatan untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun berbagai halangan terutama datangnya daripada Presiden PKR sendiri, kerana adalah rahsia umum, bahawa hubungan Azmin dengan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, hanya nampak elok diluaran, namun bagaikan jadam.
Umum mengetahui, bahawa Anwar sangat berpihak kepada Azmin, termasuk membelakang keluarganya sendiri jika berkaitan dengan Azmin.
Azmin merupakan Setiausaha Sulit Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan dan seterusnya semasa Timbalan Perdana Menteri.
Selepas PRU-13, Azmin dan konco-konconya cuba mempengaruhi rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat untuk melantiknya sebagai Menteri Besar Selangor, namun belumpun usahanya itu berjaya, Wan Azizah terlebih dahulu mengutus surat kepada Sultan Selangor, bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim adalah pilihan parti itu sebagai MB Selangor.
Azmin sebagai Pengerusi PKR Negeri, mencuba berbagai cara bagaimana menjadi MB, namun tidak juga kesampaian, atas sebab itu, cara terbuka begitu, tidak menungkinkan ADUN Bukit Antarabangsa itu menjadi MB, kecuali Khalid dengan sukarela berudur.
Hubungan Khalid dan sekutunya daripada DAP dan PAS sungguh baik, atas sebab itu, sebarang usaha menggantikan Khalid, akan ditentang dua parti itu, termasuklah Anwar sendiri.
Dalam perkara ini, Anwar mempunyai kelebihan sebagai Ketua Pembangkang, atas sebab itu, apabila ada ura-ura bahawa beliau akan menggantikan Khalid, jika MP Permatang Pauh itu menang pada PRK Kajang, para penyokong Pas terutama pemuda menentang usaha itu, walaupun pucuk pimpinan parti mereka, masih membisu.
Bagi AYT, apa yang terzahir pada "Gerakan Kajang" adalah untuk memastikan Azmin menjadi MB, selepas Anwar berjaya menggantikan Khalid. Anwar akan melepaskan jawatan itu, selepas memangkunya untuk beberapa bulan, dengan memberi alasan, merupakan satu strategi yang kesekian kalinya, untuk merampas Putrajaya.
PRK Kajang merupakan pintu masuk bagi Azmin Ali menjadi MB Selangor.
1 comment:
Anwar dah bedal Shamsidar bini Azmin di Tivoli, Bangsar. Sedap punya pasal, terpaksa MB Selangor di beri kepada Azmin
Post a Comment