Tuesday, February 04, 2014

PRK Kajang: Anwar Hanya Mahu Diingati Semula

DUN Kajang, kali terakhir diwakili Bn pada Tahun 2004-2008. Pada PRU-12 dan 13, kawasan itu ditawan PKR.

Pada 27 Januari lalu, ADUN Lee Chin Cheh, letak jawatan atas arahan Anwar, bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu bertanding, untuk mengambil alih Jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya, Anwar yang dipoteritkan sebagai bakal Perdana Menteri sejak tahun 1998, sungguh kecewa apabila gagal berbuat demikian, terutama pada PRU-13.

Sejak kegagalan itu, Anwar macam dilupakan oleh rakyat, walaupun berbagai tindakannya yang kurang cerdik, seperti membantah keputusan PRU-13, berusaha menguggurkan Ketua Pendakwaraya bagi Kes Sodomi II- Tan Sri Shafee Abdullah, menuduh kerajaan Jepun berkonspirasi menghalangnya memasuki Jepun serta isu percerian anak kesyangannya Nurul Izzah. Tindakan-tindakan beliau itu, tidak cukup menarik bagi perhatian rakyat. Atas sebab itu, beliau bertindak mengarahkan satu PRK baru diadakan, agar namanya kembali menjadi perbualan rakyat.

Sandiwara yang berasas kepada skripnya, agar Azmin Ali bertindak sebagai budak pengacau pada Kerajaan Khalid Ibrahim, tidak juga menarik perhatian rakyat terhadapnya, malah; simpati berpihak kepada Khalid Ibrahim, menjadikan pula Azmin sebagai "bad boy".
 
Anwar adalah manusia kemaruk populariti; kemaruk kuasa. Beliau akan bertindak apa sahaja, janji namanya akan popular semula. 
 
Sebenarnya nama Anwar, sudah diluputkan daripada agenda politik negara; meskipun beliau masih ketua pembangkang di dewan rakyat, atas ikhsan DAP. Tahun 2008, adalah puncak kejayaan Anwar dalam bidang politik, beliau tidak akan boleh melangkaui kejayaan itu. PRU-14 yang dijangka tahun 2018, nama Anwar bukan lagi faktor yang boleh digunapakai untuk menarik sokongan. Anwar sedar itu, atas sebab itu, beliau menggunakan flatform baru. Berkedudukan sebagai MB bagi negeri yang termaju dan terkaya, setidak-tidaknya dia dapat mempergunakan sumber kewangan negeri untuk mempertahankan poltiknya. Anwar sungguh mahir dalam mempergunakan kedudukan bagi menunjang kerjaya poltiknya. Cukup segar, dikala beliau menjadi Menteri Kewangan, beliau sungguh bijak mempergunakan kedudukan itu, sehingga jawatan TPM dengan mudah dirampasnya daripada Tun Abdul Ghafar Baba.
 
PRK Kajang, menyebabkan nama Anwar timbul semula, meskipun nama ketua pembangkang itu akan menjadi news maker pada 12-13 Februari ini, kerana kes sodomi II akan didengar di mahkamah. Dengan adanya PRK Kajang, setidak-tidak good news dan bad news bagi beliau akan berimbang.
 
Pada PRK Kajang, diatas kertas, Anwar boleh dikalahkan, namun apakah pembangkang boleh? AYT pernah menulis di blog ini beberapa hari lalu, disebabkan pengundi cina, maka terlalu sukar bagi Bn menang pada PRK itu. Komposisi pengundi berdaftar bagi Dun Kajang adalah 48 peratus kaum melayu, 40 peratus kaum cina dan bakinya kaum india. Pada PRK-13, calon PKR mendapat majoriti 6.824. Meskipun kaum melayu hampir 50 peratus, namun kerana pengundi kaum itu terbagi tiga, antara Umno, Pas dan PKR, berlainan dengan pengundi cina, yang  hampir sepenuhnya telah lari daripada MCA dan Gerakan. Pada PRK Kajang, MCA dan Gerakaan memperatuhkan kepimpinan baru, namun tidak semestinya mendapat simpati kaum itu; sama halnya yang berlaku pada Umno semasa berdepan dengan PRK Sungai Limau, Kedah; Umno juga memperatuhkan saf kepimpinan baru; namun kerana kawasan yang dipertandingan adalah wilayah pembangkang, maka Umno/Bn tidak mampu menembusinya. Hal yang sama akan berlaku, pada PRK Kajang, Pembangkang diperkirakan akan menang, bukannya Anwar.

Anwar tahu, bahawa jika diadakan PRK bagi wilayah Pembangkang seperti Kajang, maka Pembangkang akan menang, dan pada masa yang sama, beliau dapat menumpang toi, untuk menaikan namanya bagi ingatan rakyat.

Hakekatnya, Anwar hanya mahu namanya diingat semula melalui PRK Kajang. Atas sebab, semasa kempen, maka latar belakangnya akan diungkit, apabila diungkit, maka namanya akan sering disebut, itulah yang menyoronokkan beliau. Bagi Anwar, asalkan namanya disebut, apakah baik atau buruk, bukan merupakan persoalan, janji nama popular.

No comments:

Blog Archive