Datin Paduka Chew Mei Fun bersama TPM |
Matalamat utama BN meletak calon bagi PRK Kajang adalah menggunakan PRK itu sebagai medan untuk menerangkan atau menjelaskan apa-apa tohaman Pembangkang kepada kerajaan. PRK itu, adalah peluang rakyat bagi mendengar penjelasan kerajaan. Setidak-tidaknya itulah alasan TPM Tan Sri Muhyiddin ketika mengumumkan pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun bagi mewakili Bn pada PRK Kajang yang dijadualkan pada 23 Mac nanti. Penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
Sementara itu Perdana Menteri berkata, Bn perlu berkerja 2 kali ganda untuk mendapatkan keputusan terbaik, kerana menurutnya Bn berada dalam keadaan "underdog" bagi PRK itu.
Chew akan berdepan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat sebagai calonnya pada 27 Januari lalu.
PRK Kajang adalah salah satu rancangan Anwar untuk mendapatkan kuasa dan ianya juga digunakan sebagai flatform kepadanya menjadi Menteri Besar Selangor sebagai batu loncatan menjadi Perdana Menteri selepas PRU-14.
Kawasan Kajang adalah kawasan yang agak unik, kerana kawasan itu pernah diwakili berbagai parti. Pernah diwakili DAP selama dua penggal, kemudian PAS, kemudian MCA dan pada PRU-12 dan 13 diwakili PKR.
Kajang yang mempunyai 39,000 pengundi dengan pecahan 48 peratus kaum melayu, 40 peratus kaum cina dan selebihnya kaum india dan lain-lain. Pada PRU-13, kawasan itu dimenangi calon PKR Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824. Lee dipaksa meletak jawatan oleh Anwar bagi membolehkan beliau bertanding, agar supaya krisis politik dalaman PKR di Selangor dapat diselesaikan.
Pencalonan Chew Mei Fun, akan memberi ruang kepada MCA bagi membuktikan barisan kepimpinan baru parti itu, apa kah boleh menggamit sokongan daripada kaum mereka. Pada PRU-13 lalu, MCA mengalami kekalahan teruk apabila hanya menang 7 kerusi Parlimen dan 11 DUN, itupun di kawasan majoriti kaum melayu seperti Kajang ini.
Harapan Chew untuk menang, akan tercapai, jika MCA mampu menarik 20 peratus sokongan kaum cina, kerana menurut data, pada PRU lalu, 70 peratus pengundi melayu berpihak kepada Bn.
Jika kaum cina masih mahu memberi kepercayaan kepada MCA melalui kepimpinan barunya, harapan BN membuat kejutan, pada PRK Kajang akan menjadi kenyataan.

No comments:
Post a Comment