Latest News

PRK Kajang: Pemimpin Anugerah Tuhan Bertanding

Pemimpin Anugerah Tuhan
NASIB baik peraturan pilihanraya di negara ini, hanya membolehkan seorang rakyat bertanding kerusi parlimen dan DUN dalam sesuatu masa, jika tidak PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN akan membolot kebanyakan kawasan samada peringkat dewan undangan mahupun parlimen.

Kini, Anwar selain sebagai pemimpin anugerah tuhan, juga pemimpin bertaraf dunia, selain tambahan kepada mahkluk politik (political animal).

Kajang bakal dikenal di serata dunia, kerana diwakili pemimpin anugerah tuhan. Kajang akan hilang jenamanya sebelum ini, Sate Kajang.  Kajang bakal berubah wajah, status, dan panggilan, hanya kerana pemimpin anugerah tuhan mewakilinya.

Siapa yang boleh mengalahkan pemimpin anugerah tuhan? Demikian juga siapa yang boleh mengalahkan pemimpin bertaraf dunia? Atas sebab itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan angkuhnya mencabar Perdana Menteri bertanding!!!!.

Pengundi Kajang, bermula daripada sekarang perlu berbangga, perlu bersyukur, kerana meraka bakal diwakili pemimpin anugerah tuhan. Masalah kehidupan harian mereka, akan beres semuanya, kalau hujan datang, banjir tidak akan melanda Kajang, atas sebab pemimpin anugerah tuhan mewakili Kajang.

Sara hidup tidak akan menerpah Kajang, kenaikan harga barang tidak akan sampai ke Kajang, kerana sesiapa sahaja yang terlibat dengan rangkaian perniagaan sedar, bahawa mereka akan masuk wilayah yang diwakili pemimpin anugerah tuhan, pemimpin bertaraf dunia dan mahkluk politik.

Pada PRK yang bakal berlangsung, sesiapa sahaja calon pasti dilanyaknya, atas sebab semua penggundi akan gerun, kerana mereka berdepan pencalonan anugerah tuhan, kalau kalah nanti, Tuhan akan murka, maka bala akan menimpah pengundi Kajang.

Kajang merupakan kawasan yang hampir dengan Putrajaya, atas sebab itu, apabila pemimpin anugerah tuhan mewakilinya, maka saban hari beliau boleh meneropong Putrajaya, yang bakal didudukinya pada PRU-14, setidak-tidaknya itulah alasan atau rancangan besar menurut Azmin, atas sebab itu teman akrabnya itu patut bertanding kerusi DUN, dengan memaksa penyandang untuk meletakan jawatan.

Sejauh mana keberkesanan pemimpin anugerah tuhan pada PRK kali ini? sama-sama kita tunggu, kerana Najib dan BN juga punya kaedah atau strategi untuk melanyak pemimpin "anugerah tuhan" itu.

0 Response to "PRK Kajang: Pemimpin Anugerah Tuhan Bertanding"

Blog Archive