Friday, January 31, 2014

PRK Kajang: Anwar Menang Belum Pasti Jadi MB

KITA mengetahui bahawa perlantikan jawatan Menteri Besar bagi negeri-negeri yang beraja, mempunyai mekanismenya sendiri.

Telah berlaku selepas PRU-12, untuk negeri Terengganu dan Perlis; individu yang disyorkan oleh Presiden parti atau Perdana Menteri atau DUN tidak mendapat perkenan Sultan. Keadaan ini boleh saja berlaku di Selangor.

Idaman Anwar menjadi Menteri Besar, tidak semestinya menjadi, meskipun menang pada PRK Kajang.

Anwar mempunyai cabaran yang cukup hebat pada kali ini, selain mencuba menang juga cabaran mendapat perkenaan daripada Sultan untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Selain itu PRK Kajang tidak menjanjikan kemenangan mutlak Anwar, walaupun kerusi itu dimenangi oleh calon PKR pada PRU-13 lalu dengan majoriti 6,824 undi, di mana BN diwakili calon daripada MCA. DUN Kajang berasaskan daftar pengundi mempunyai komposisi 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus cina dan selebihnya india.

Jika BN meletakan calon, mungkin tidak lagi menggunapakai kaedah pemilihan yang biasa dilakukan akan tetapi berasaskan merit; maka akan berlaku saingan sengit. Melihat kepada kemampuan untuk mencapai kemenangan, calon paling berpeluang adalah calon daripada Umno, memandangkan kepada taburan dan komposisi pengundi. 
 
Telah mula kedengaran bahawa Bn akan mengabaikan cara tradisi pemilihan calon, kerana gabungan berbagai parti itu melihat faktor calon boleh menang adalah pilihan utama, apatah lagi, calon daripda PR adalah Anwar sendiri yang dikatakan mahu menjadi MB Selangor.
 
Percaturan Anwar meminta ADUN PKR Lee Chin Cheh bagi Kajang meletakan jawatan, semata-mata untuk mengatasi konflik yang berlaku antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Konflik tersebut sebenarnya adalah salah satu babak dalam skrip yang dicipta Anwar sendiri.
 
Selain itu, salah satu penyebab Anwar masuk ke Selangor, adalah mengelak supaya Selangor jangan jatuh ke tangan BN sepertimana berlaku di Perak, inilah propagnada Anwar dan orang-orangnya untuk menakut-nakutkan para pemimpin negeri. Kumpulan Anwar menabur propagnda, bahawa satu gerakan sulit sedang berlaku, bahawa lebih 20 ADUN PR akan bergabung dengan 12 ADUN BN untuk menubuhkan kerajaan baru di Selangor; faktor inilah salah satu alasan yang menyebabkan Anwar sepantas kilat mau menjadi ADUN di Selangor dan seterusnya mahu dilantik sebagai MB.
 
Sebagai catatan, komposisi ADUN Selangor daripada 56 kerusi, DAP:15, PAS:15; PKR:14 dan BN:12. Dalam gerakan sulit itu, dikatakan wakil rakyat daripada PAS akan menjadi MB, dan wakil rakyat daripada PKR/DAP yang menyertai dilantik sebagai Speaker dan kerajaan itu akan dikenali sebagai kerajaan PAS Plus.
 
Anwar memang mempunyai kepakaran menutup isu yang melanda dirinya. Umum mengetahui bahawa Ketua Pembangkang itu mengalami krisis kekepercayaan daripada rakyat yang menjunam, ekoran terbongkarnya pembohongan beliau berkaitan dengan undi bangla semasa PRU-13, isu konspirasi kerajaan Jepun menghalangnya masuk ke negara itu, isu pencerian anak kesayangannya Nurul Izzah dan masalah liwat yang sedang dihadapinya.

PRK Kajang dan isu pergantian MB Selangor, setidak-tidaknya boleh menutup isu2 yang melanda Anwar untuk sementara waktu.

1 comment:

PenganutPAS said...

Jgn tertipu dgn game ni. Bukan jawatan MB yang jadi pertaruhan. TARGET ANWAR ADALAH SULTAN SELANGOR.Jika Sultan menolak Anwar sbg MB maka demontrasi mega membantah Raja Berpelembagaan akan diadakan.Jika Sultan terima Anwar sbg MB maka sultan akan ditekan eg. JAIS akan diletak dibawah MB, undang2 tubuh akan cuba diubah.Jika strategi ni berjaya di Selangor makan tugas mudah untuk kuasai negeri2 bersultan yg lain.Fokusnya bukan masalah PKR tapi masalah yang ditimbulkan oleh Sultan di Selangor maka HANYA ANWAR YANG MAMPU. So jang TERTIPU DAN BN PATUT LEBIH BIJAK susan stategi utk menghalang semua sendiwara ni.

Blog Archive