Wednesday, December 18, 2013

BN sudah lupa Manifesto PRU-13

BELUM setahun selepas PRU-13 mei lalu, janji-janji BN seperti mana dalam manifesto sudah terlupakan. Untuk itu, ahli parlimen Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican mengingatkan pemimpin BN berhubung janji-janji tersebut.

Ekoran kebijakan kerajaan sejak akhir-akhir ini, keadaan dalam negara gegap gempita, kerana tindakan-tindakan itu menjurus kepada taraf kehidupan rakyat.

Keadaan ini hanya disebabkan dengan kenaikan harga bahan bakar yang memberikan kesan domino kepada harga barangan dan barangan lain dalam negara.

Secara asasnya kesan domino ini adalah reaksi rantaian yang berlaku hasil daripada perubahan harga sesuatu barang yang menyebabkan perubahan yang sama terhadap barang-barang lain.

Peniaga restoran atau pasaraya terpaksa menaikkan harga makanan atau barangan disebabkan oleh kos pengangkutan yang digunakan telah meningkat.

Ia juga disebabkan barangan mentah yang diperlukan turut meningkat disebabkan penjual barangan itu turut menghadapi masalah yang sama.

Kemudian berlaku pengumuman kenaikan harga ayam, tarif elektrik, harga gula dan yang terbaru adalah berkaitan kenaikan harga tol.

Turut menjadi polemik adalah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ingin dilaksanakan pada 1 April 2015.

Tindakan kerajaan akhir-akhir ini membawa tekanan psikologi kepada rakyat sehinggakan membawa rakyat dalam keadaan stress.

Jawapan Menteri

Jawapan yang diberikan oleh menteri seakan-akan menganggap bahawa rakyat negara ini adalah rakyat robot yang langsung tidak mengetahui jawapan bernas atau jawapan yang bersifat hanya menjawab.

Jawapan seperti untuk mengurangkan penyakit diabetes kerana itu subsidi gula diturunkan, jika tidak setuju dengan undang-undang negara sila keluar dari Malaysia, jika tidak setuju dengan tol guna jalan biasa, jika ayam naik jangan makan ayam, jangan beli rumah kalau harga naik, tidak suka sistem pilihan raya pergi duduk dalam hutan, dan jangan beli sayur kalau harga naik maka tanam sendiri sayur adalah jawapan-jawapan yang diberikan menteri kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun terdapat menteri yang mempunyai latar belakang pendidikan sehingga di peringkat doktor falsafah tetapi itu bukan hujah untuk menghalau rakyat negara ini keluar pergi ke negara lain.

Rakyat berhak untuk mengkritik dan mendapat perkhidmatan yang baik daripada kerajaan, tidak kiranya penyokong atau bukan penyokong kerajaan.

Negara adalah milik rakyat bukan milik hakiki mana-mana parti politik. Parti politik yang memenangi pilihan raya secara demokrasi hanya diberikan mandat sementara untuk mengurus tadbir negara demi kesejahteraan rakyat.

Melihat kepada jawapan menteri-menteri berkaitan isu semasa dalam negara memperlihatkan bahawa jawapan-jawapan itu tidak mempunyai nilai ilmiah, malah sekadar menjawab seperti melepaskan batuk di tangga.

1 comment:

usin said...

ada siang da malam. ada pagi ada petang. ada terang ada gelap. zaman gelap rakyat malaysia dah dekat.

Blog Archive