Thursday, November 07, 2013

Benarkah ada Agen CIA di Pejabat Peguam Negara?

Sejak akhir-akhir ini, banyak laporan terutama melalui media alternatif, mengatakan ada agen CIA sedang berkerja di Pejabat Peguam Negara yang diketuai oleh Tan Sri Gani Patail.

Benar kah dakwaan atau laporan berkenaan? 

Baru-baru ini, Kementerian Luar Malaysia telah memanggil Duta Besar Amerika dan Australia untuk menyerahkan bantahan keras kerana tindakan negara-negara itu melakukan pengintipan. Pengintipan negara-negara itu, bukan sahaja di Malaysia akan tetapi di lebih 90 negara lain.

Malah Perdana Menteri-Najib Razak membidas tindakan pengitipan negara-negara sahabat tersebut terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.

Kalau lah benar ada agen CIA di Pejabat Peguam Negara, apakah tujuan agen CIA itu? Biasanya CIA berperananan dalam urusan keselematan dan persenjataan, bukan yang berurusan dengan jenayah rasuah atau jenayah moral.

Meskipun ianya hanya berbentuk laporan atau dakwaan, namun inisiatif awal daripada pendedahan itu dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia- Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pada kebiasaannya, Tun Mahathir tidak akan membongar sesuatu perkara, kalau beliau tidak mempunyai bukti-bukti kukuh.

Sejak pergantian kuasa kepimpinan negara pada tahun 2009, secara kebetulan, kerajaan kerap melantik perunding daripada negara luar terutama daripada Amerika bagi memberi nasihat kepada kerajaan. 

Hubungan luar negara misalnya, mendapat perkhidmatan daripada APCO, manakala dasar pendidikan negara yang baru digubal yang menjangkau sehingga tahun 2025, juga mendapat nasihat daripada luar negara.

Terlalu awal, untuk mengetahui kesan, kehadiran agen CIA di Pejabat Peguam negara, kerana sebenarnya Malaysia, bukanlah negara yang mempunyai potensi ketenteraan untuk menyerang negara-negara lain. Kekuatan negara bukan kerana kuasa tentera akan tapi akan lebih terletak kepada hubungan antara kaum yang berbagai.

Perpecahan kaum, akan menghancurkan negara. Atas sebab itu, memulihara perpaduan antara kaum adalah penting untuk kelangsungan negara ini. Apakah CIA boleh menjadi agen kepada pemusnahan hubungan antara kaum? atau antara agama?

Kalaulah CIA boleh berperanaan dalam bidang itu, apakah ianya ada hubungan dengan perselisihan faham antara agama di negara ini yang berkaitan dengan penggunaan KALIAMAH ALLAH?

Pertelingkahan berkaitan penggunaan ALLAH hanya timbul selepas PRU-12, apabila Kerajaan BN gagal mendapatkan kuasa 2/3 di dewan rakyat. Sejak masa itu, nampaknya kerajaan merasa goyah, dan berusaha mendapatkan kembali sokongan. 

Melalui mendapatkan sokongan, maka banyak permintaan yang sebelum ini tidak ditimbulkan, apabila timbul, maka kerajaan terpaksa akur. 

Kerajaan jadi serbah salah, mempunyai permintaan minoriti, mengakibatkan majoriti merasa terkilan. Mungkin di sinilah peranan CIA itu.

Kehancuran negara akan hanya berlaku, kalau kaum majoriti tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau menjadi ekstermis. AYT rasa, di sinilah tujuan CIA itu hadir dalam negara ini.

No comments:

Blog Archive