DIANTARA perwakilan ramai sudah bercakap berkaitan dengan satu "senarai pilihan" kononnya para calon yang perlu dimenangkan.
Senarai pilihan ini, adalah biasa berlaku setiap ada pemilihan. Senarai yang dicetak pada kertas seperti kad nama itu, mengandungi nama-nama yang perlu diundi. Kad itu itu memudahkan perwakilan mengundi, selain mempercepat pengundian, kerana tidak perlu menyemak senarai calon yang panjang.
Benarkah adanya senarai pilihan? Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said sepertimana laporan BERNAMA, menyangkal adanya senerai seperti itu. Malah beliau yakin bahawa Presiden dan Timbalan Presiden tidak mengarahkan adanya senarai. Sebaliknya Salleh berkata, calon-calon yang bakal terpilih nanti adalah pilihan akar umbi.
Sekiranyapun tiada senarai pilihan, calon-calon yang mempunyai nama dan popular akan mudah diingat oleh para perwakilan, berbanding dengan mereka yang tidak terkenal atau kurang dikenali. Ertinya, dengan tiada senarai pilihan, maka pemilihan kali ini mempunyai kelebihan kepada penyandang mahupun calon-calon yang ada jawatan.
Bagi kerusi Naib Presiden pula, kesemua calon-calon adalah mereka yang mempunyai nama, dan dikenali oleh para perwakilan. Melihat kepada situasi itu, peluang kesemua calon adalah seimbang. Namun melihat kepada trend pengundian pada sayap-sayap parti pada Sabtu, penyandang terbukti mempunyai kelebihan, selain itu, perwakilan belum bersedia mengubah status quo.
Kemenangan hampir mutlak Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, membuktikan, bahawa perwakilan belum bersedia membuat apa-apa perubahan di peringkat kepimpinan teratas.
Pada sayap wanita pula, sepertimana yang diramal, gandingan Shahrizat, Azizah Mohd Dun akan menang selesa, atas kapasiti mereka penyandang bagi Shahrizat dan jawatan yang ada pada Azizah.
Kemenangan besar Calon Ketua Puteri Mas Ermieyati Shamsuddin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka bertanding dengan Ketua Putri Petaling Jaya yang tidak mempunyai kedudukan, sememangnya dilihat sebagai pertandingan berat sebelah.
Perlu diingat, bagi calon-calon yang ingin merebut 25 barisan MT, 19 calon mempunyai kedudukan, samaada menteri, timbalan menteri, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri. Manakala lain, ada yang hanya merupakan wakil rakyat atau calon-calon yang tidak mempunyai kedudukan apa-apa.
Untuk Jawatan naib Presiden pula, empat orang adalah ahli parlimen, tiga berjawatan penuh dan seorang pengerusi GLC. Sementara seorang lagi adalah seorang senator dan pengerusi GLC, dan seorang lagi hanya ADUN akan tetapi berjawatan menteri besar.
Melihat kepada calon-calon tersebut, perwakilan sememangnya mampu melihat siapa-siapa calon yang berada dalam "sistem" kepimpinan. Ertinya mereka-mereka yang diberi peranan baik dalam kerajaan mahupun GLC adalah para pemimpin yang termasuk dalam "sistem" kepimpinan.
bagi AMT, adalah amat mudah bagi perwakilan memilih, siapa-siapa mereka yang berada dalam "sistem" kepimpinan, namun bagi Naib Presiden, perwakilan perlu mengambil keputusan, di antara enam calon itu, siapa yang bakal dipilih.
Mengingat perjuangan parti, adalah untuk berdepan dengan PRU-14, maka perwakilan perlu mengambil keputusan yang jitu, yakni sesuai dengan aliran zaman. Tiada gunanya memenangkan calon yang hanya popular dalam parti, akan tetapi tidak popular di mata rakyat.
Mempertahankan parti adalah dilihat semasa pilihanraya; bukannya diukur dalam pemilihan parti. Atas sebab itu, bagi jawatan Naib Presiden, perwakilan perlu memenangkan calon-calon yang dilihat popular di mata rakyat.
Namun pemilihan yang mengunakan electoral college yang hampir sama dengan pemilihan yang ditentukan oleh bahagian; maka yang menjadi kekangan, adalah bahagian mana yang sanggup menongkah arus status quo? terutama bagi kerusi Naib presiden.
Inilah dilema yang bakal dialami oleh bahagian-bahagian seluruh negara; meningkat tiga penyandang kerusi Naib Presiden adalah mereka yang mempunyai jawatan penting dalam kabinet persekutuan.
Para ketua bahagian atau bahagian, tiada yang sanggup mengenepikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui oleh Datuk Shafie Apdal, demikian juga tiada yang sanggup mengenipikan Kementerian Dalam negeri yang diterajui oleh Datuk Dr Zahid Hamidi. Datuk Hishamuddin Tun Hussien selaku Menteri Pertahanan, juga tiada yang sanggup mengenepikan. Akan tetapi, ketua-ketua bahagian/bahagian tiada yang sanggup mengenepikan ketokohan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, sebagai pemimpin pelapis parti, yang boleh membawa parti berdepan dengan rakyat.
Siapa yang bakal terkorban bagi penyandang Naib Presiden? atau kah memang ada senarai pilihan seperti mana cakap-cakap yang telah beredar, bahawa dalam senarai pilihan itu, nama-nama penyandang tersenarai.
No comments:
Post a Comment