Sunday, October 20, 2013

Pemilhan Umno; Apa Yang Berubah?

HARAPAN tinggi yang diharapkan oleh rakyat melihat perubahan yang ketara dalam pemilihan Umno, ternyata melicit. Perwakilan Umno tidak sanggup melakukan transformasi, tidak sanggup mengubah status quo.

AYT sebelum ini, bererapa kali menulis dalam blog ini, walaupun sistem pemilihan parti telah diubah, namun pada akhirnya, Bahagian atau pemimpin juga akhirnya yang akan menentukan keputusan barisan kepimpinan parti.

Akan tetapi, kita juga sedikit lega, kerana keputusan pemilihan parti yang berakhir semalam, dan diketahui keputusannya dengan muktamad tengah hari tadi, telah menghalang sebahagian besar calon yang terpalit dengan politik wang, kecuali seorang.

Melihat kepada keputusan pemilihan parti semalam, samada melibatkan 2,500 perwakilan atau 146,000 nampaknya Umno tidak mampu berubah, tidak boleh membuat anjakan dan tidak berupaya membuktikan pewarisan yang meyakinkan.

Seperti yang AYT ramalkan berulang kali, status quo kepemimpinan tertinggi Umno kekal, walaupun sistem pemilihan parti berubah. AYT berulang kali menyatakan, bahawa pada pemilihan kali ini hanya calon-calon yang termasuk dalam "sistem" Presiden bakal menang, manakala mereka yang diluar "sistem" meskipun mempunyai ketokohan yang boleh membantu parti ke merecu kegemilangan tidak akan mampu menebusi lapisan sistem itu.

Najib kini memperolehi apa yang beliau inginkan, mempertahankan status quo bagi jawatan Naib Presiden. Keputusan pemilihan parti itu, memang baik untuk beliau dan parti, namun apa kah keputusan itu mampu membantu parti berdepan rakyat terutama dalam pilihanraya?

Semua kita tahu, bahawa barisan itulah yang berdepan dengan rakyat pada PRU-13 lalu, walaupun Umno mampu menambah kerusi daripada 79 kepada 88, namun secara keseluruhan BN kehilangan 7 kerusi daripada 140 turun kepada 133.

Keputusan Majlis Tertinggi semalam, yang membariskan pemimpin lama, membuktikan parti belum bersedia menyutik darah muda dan parti belum mahu kepada penyegaraan parti . 

Meskipun ada pemimpin baru yang berjaya masuk dalam barisan 25 AMT, tetapi jumlahnya amat sedikit, ertinya kehadiran mereka itu akan hanya memberi impak yang sedikit kepada wajah parti. 

Keputusan pemilihan semalam, nampaknya tidak ada tanda nyata bahawa Umno semakin muda, segar dan dibarisi generasi pelapis.

Sebelum pemilihan, memang satu keinginan agar berlaku kombinasi pemimpin lama dan muda, pemimpin yang mempunyai jawatan dan yang tidak, namun apa yang berlaku, majoriti AMT adalah daripada kalangan mereka yang berjawatan. Ertinya, kekangan ada pada mereka untuk bersuara lantang, kerana mereka pada masa yang sama mewakili kerajaan.

Apa kah Melayu terbela? melalui saf kepimpina parti yang baru!!! Apakah rakyat umum akan menyokong parti dan BN pada PRU-14? sesuai dengan saf kepimpinan yang ada? sama-sama kita tunggu.

2 comments:

Unknown said...

Apabila jawatan presiden dan timbalan presiden umno tidak dicabar ditambah dengan syarat-syarat kelayakan yg diada-adakan, ini lah hasil perbuatan.

Semoga pemilihan UMNO pada 2016 tidak ditangguhkan dengan alasan PRU14. Ini kerana jika mengikut cara sekarang, walaupun ada pertandingan jawatan presiden, tak akan berlaku perpecahan. Calon yg bertanding akan di perkenalkan oleh perhubungan negeri.

Alahai UMNO ..... tak berubah jugak ...

Unknown said...

Tak apalah.. kita beri peluang kpd mereka.. moga cara pemilihan begini sedikt sbnyk menginsafi mereka... menjadikan mereka lebih fokus dan tegas.. dlm pjuangan memartabatkan.. agama, bangsa dan negara.

Blog Archive