Saturday, October 19, 2013

Naib Presiden Umno: Calon Akan Terpilih?

MENEJELANG pemilihan hari ini, hanya Negeri JOHOR cenderung mempertahankan STATUS QUO, ertinya para perwakilan negeri itu akan MENGUNDI penyandang- Zahid Hamidi-Hishamuddin Tun Hussein-Shafie Apdal.

Berasaskan electoral college Johor menyumbang 24 undi daripada 191 maksima yang bakal diperolehi oleh seseorang calon. 

Negeri-negeri yang mempunyai undi electoral tertinggi adalah Sabah-25, Johor-26 dan Perak-23. Jumlah tersebut merupakan 38 peratus daripada seluruh undi. 

Memandangkan calon-calon penyandang naib presiden secara kebetulan mewakili negeri-negeri tersebut; iaitu Shafie (Sabah), Hishamuddin (Johor) dan Zahid (Perak) apa kah kelebihan kepada mereka itu juga akan menyumbang kepada kemenangan mereka?

Sebelum dan selepas pendaftaran calon dan sehingga ke hari ini, walaupun ketiga-tiga calon tersebut menafikan bahawa mereka berkempen secara berkumpulan, namun kenyataannya tidaklah demikian. Mengikut kenyataan mereka, seperti "mereka lebih selesa bersama, lebih bersefahaman" "mendaftar sebagai calon bersama-sama" "mengadakan sidang akhbar bersama" adalah petunjuk bahawa mereka berkempen secara berkumpulan.

Kalau ya atau tidak mereka berkempen berkumpulan, namun yang jelas, mereka mempunyai kelebihan, seperti mana berlaku pada trend pengundian Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda pada Sabtu lepas.

Meskipun persepsi di kalangan media terutama media alternatif, bahawa salah seorang penyandang tersebut akan terkeluar daripada senerai, namun yang paling mengikat untuk menolak persepsi itu adalah pendirian para bahagian terutama Ketua bahagian atau para pemimpin negeri.

Ambil contoh Johor misalnya, para pemimpin negeri itu lebih gemar mempertahankan status quo, ertinya jika trend pengundian berlaku sebaliknya, ertinya wibawa pimpinan negeri boleh dipersoal. Demikian juga di bahagian-bahagian, jika Ketua Bahagian memberi gambaran bahawa bahagian tersebut cenderung kepada calon-calon tertentu, sekiranya perwakilan mengundi sebaliknya, maka kredibilti pemimpin bahagian juga boleh dipersoal.

Pendek kata, biasanya apa yang berlaku dalam pemilihan parti, selalunya aspirasi dan pilihan bahagian, cenderung akan dituruti oleh perwakilan.

Jika keadaan ini berlaku, maka bagi negeri Johor, tiga calon penyandang akan pasti mendapat 24 undi electoral college, manakala pesaing mereka akan mendapat kosong. Kalau keadaan ini berlaku, maka terlalu sukar bagi pesaing mereka mengejar undi tersebut, kerana dua negeri lain yang kebetulan juga negeri asal para penyandang, sudah tentu mereka mendapat undi electoral college daripada negeri masing-masing. Kalaulah ada "pact" antara mereka, ertinya sesama mereka masing-masing akan mendapat 25+26+23=74; dengan jumlah ini, mereka hanya perlu tambahan 24 electoral daripada neger-negeri lain. Baiklah, katakan bukan 100 peratus undi bakal diperolehi, 70 peratuspun, adalah sukar untuk menewaskan mereka.

Pesaing bagi kerusi Naib Presiden seperti Mukhriz, Ali dan Isa adalah bernasib baik, kerana Sabah yang mempunyai electoral college tertinggi, bersikap terbuka, namun melihat kepada sokongan kepada pegawai khas Shafie-Jamawi Jaafar dalam pertandingan Naib Ketua pemuda, 19 electoral college akan berpihak kepada Shafie, Hishamuddin dan Zahid daripada Sabah, ertinya peratusan telahpun melebihi 70 peratus. Kalau trend pengundian sayap dapat digunapakai sebagai kayu pengukur kepada sokongan kepada penyandang, maka dapat dipastikan bahawa kedudukan Naib Presiden akan mengekalkan STATUS QUO.

Analisis di atas hanya berasaskan persepsi dan di atas kertas. Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh meramal keputusan, kerana untuk mengetahui kecenderungan hampir 146,000 perwakilan adalah sukar sekali. Tetapi yang jelas, angka itu hanya merupakan angka, sebenarnya bagaimana ramainya perwakilan, trend pengundian akan sangat bergantung kepada pemimpin bahagian atau negeri. Adalah tidak lumrah bagai ahli parti untuk tidak ikut pendirian pemimpin bahagian atau negeri.

Justeru itu, Mukhriz, Ali dan Isa perlu "count out" undi electoral daripada Johor. Mereka hanya mengharap undi electoral daripada 167.

Sejauh mana kombinasi pilihan daripada 167 undi electoral itu menentukan kemenangan para calon? atau sejauh mana keputusan Negeri Johor dapat mempengaruhi keputusan? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive