KEPUTUSAN Pemilihan Sayap parti (Wanta, pemuda, Puteri) menunjukkan calon-calon yang ada dalam "sistem" Najib menang besar.
Mereka yang diluar sistem itu, bukan sahaja gagal sama sekali, malah ada yang tidak mendapat sebarang undi.
Kemenangan Shahrizat misalnya, menggambarkan calon-calon yang berada dalam "sistem" Presiden adalah pilihan utama perwakilan.
Shahrizat, cuba dipalitkan dengan isu NFC ( berkaitan dengan projek lembu) gagal menghalang perwakilan memberikan beliau mandat untuk mengetahui wanita bagi penggal 2013-2016.
Demikian juga kemenangan Khairy (Land slide), menggambarkan calon-calon yang berada dalam sistem Najib akan menjadi pilihan perwakilan.
Apa kah keputusan pemilihan sayap itu akan mempunyai trend yang sama pada pemilihan induk? pada 19 oktober ini?.
Pada 19 Oktober, jawatan yang menarik perhatian dan diminati untuk ditunggu adalah pertandingan Naib Presiden.
Kita maklum, bahawa tiga calon Naib adalah penyandang dan juga menteri penuh pada kabinet Najib. Manakala seorang adalah berjawatan menteri besar, manakala dua calon lagi pengerusi GLC. Semua calon-calon adalah wakil rakyat termasuk seorang senator.
Kalau dilihat daripada segi kekuatan, semua calon-calon mempunyai kekuatan yang seimbang.
Namun jika dilihat daripada kemenangan besar yang dicapai Khairy dan Shahrizat, nampaknya ada kecenderungan, bahawa penyandang mempunyai kelebihan besar untuk dipilih.
Melihat keputusan Sayap parti, senario kini sudah berubah, bahawa cubaan calon bukan penyandang untuk merebut kedudukan penyandang akan melalui laluan yang amat sukar.
Namun yang jelas, para calon yang akan terpilih nanti, baik Naib mahupun MT adalah mereka yang berada dalam "sistem" Presiden. Bagi mereka yang bukan, anggaplah penampilan mereka hanya meramaikan sistem demokrasi dalam parti.
No comments:
Post a Comment