Monday, September 16, 2013

Tony Pua Halang Kemajuan Bumiputera/melayu

TERDEDAH sangat, SIKAP pemimpin DAP seperti Tony Pua, TIDAK mahu syarikat yang ada HUBUNGAN dengan bumiputera/melayu berkembang dan maju.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada megeluarkan kenyataan mengesa seluruh GLC dan syarikat swasta milik bumiputera supaya lebih banyak mengiklan di akhbar-akhbar milik Kumpulan Utusan.

Tujuan Perdana Menteri itu, adalah untuk memperkasakan ekonomi dan memantapkan lagi jaringan perniagaan di kalangan bumiputera dan bangsa Melayu.

Disebabkan telah terpahat sifat rasis dan berhati busuk, pemimpin DAP itu tidak berfikir panjang untuk mempertikai permintaan dari Presiden parti terbesar yang mewakili bumiputera/melayu itu.

Kata Tony, gesaan Najib tersebut “merupakan panggilan terdesak untuk menyelamatkan perkauman dan jurucakap ekstremis”!

Saksikan sendiri betapa dangkalnya otak seorang pemimpin cina DAP yang seboleh-bolehnya mahu bersikap perkauman di dalam sebarang isu. Kalau boleh semua perkara dia mahu politikkan walaupun dia dan kaumnya tiada kena mengena dalam isu tersebut.

Dalam masa sehari Perdana Menteri itu, HANYA bercakap soal-soal KEPENTING AN MELAYU/BUMIPUTERA, kerana beliau SEDAR, atas sokongan KAUM itu membolehkan Barisan Nasional Terus BERTAPAK di Putrajaya. SALAH KAH TINDAKAN BELIAU ITU? 

Dalam sehari suntuk, Najib berucap pada dua Majlis yang berasingan, namun kedua-duanya bersangkut paut dengan KEPENTINGAN BUMIPUTERA/MELAYU.

Di Shah Alam sebelah pagi, Najib menyampaikan ucapan di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu. Kemudian, beliau berucap pula di Majlis Perasmian Bangunan Baru Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin.

Jadi apa masalah yang timbul dalam otak Tony Pua jika Najib mahu lihat Utusan Melayu lebih perkasa dan kukuh kedudukan ekonominya? Salahkah kemahuan Najib mahu melihat Utusan lebih maju ke hadapan?

Pada AYT gesaan Najib itu adalah perkara biasa, dalam konteks beliau adalah Presiden UMNO yang menghargai budi bangsa Melayu yang percaya pada “good governance” kerajaan pimpinannya. Tidak seperti kaum Cina, di depan puji sokong melangit, tapi undi diberi pada pembangkang!

Lupa kah Tony Pua bahawa di kalangan dewan-dewan perniagaan atau persatuan Cina pun tokoh-tokoh dari kaum cina itu menggesa agar “tauke-tauke” syarikat-syarikat besar membantu antara satu sama lain, termasuklah akhbar-akhbar Cina yang lain.

Bila disebut “membantu” akhbar, maka salah satu sumbangan yang boleh dibuat ialah melalui bidang pengiklanan. Jadi tidak hairanlah kalau kita menyelak akhbar Cina maka kita akan dapat melihat iklan-iklan dari syarikat milik kaum cina bertaburan di dalamnya.

Maka samalah keadaannya dengan akhbar Melayu. Salahlah GLC dan syarikat Melayu memperbanyak dan mengkayakan Utusan Melayu? Padahal Utusan Melayu sejak dari zaman merdeka lagi begitu konsisten mempertahankan hak dan kepentingan Melayu.

Bila Utusan Melayu punya perkataan “Melayu” pada namanya, maka sudah tentu akhbar itu jelas berasaskan kaum. Tapi Utusan tidak pula bersikap rasis, menidakkan atau menafikan hak kaum lain sebagaimana dilakukan Roketkini

Utusan hanya bertindak sebagai saluran media jati diri Melayu yang adil dan beretika. Berbanding dengan surat khabar  terbitan pro-pembangkang yang menerbitkan propaganda berbaur fitnah dan sering menafikan hak Melayu.

Justeru itu, tidak wajarlah Tony Pua menuduh Najib rasis, yang sebenarnya beliau lah yang RASIS DAN EKSTRIM.

No comments:

Blog Archive