Saturday, September 28, 2013

Pemilihan Umno:Masa Kempen Yang Singkat- Barisan Kepimpinan Yang Macam Mana Bakal Muncul

SINGKATNYA masa kempen yang diberikan kepada para calon yang bertanding sempena pemilihan parti kali ini, selain faktor pengekang kepada kempen para calon, juga bentuk barisan kepimpinan yang macam mana bakal muncul selepas pemilihan itu.

Bagi penyandang jawatan atau orang lama; waktu bukan lagi faktor pengekang, malah mereka lebih senang, kalau pemilihan dilakukan dalam waktu yang sesingkat-singkatnya; namun bagi calon-calon baharu, terutama yang muda dan julung kali bertanding; faktor waktu adalah pengekang utama.

Kerana faktor masa merupakan, faktor pengekang bagi bagi calon-calon baru, maka salah seorang calon Naib Presiden- Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memohon pertimbangan, agar calon boleh mengatur perjumpaan dengan perwakilan; kerana perjumpaan berkumpulan yang dianjurkan oleh pihak perhubungan negeri, disifatkan terlalu ketat sehingga menjadi penghalang kepada calon-calon menyertainya, kerana berbagai kekangan termasuk jadual yang ketat.

Adalah kelihatan tidak adil bagi calon-calon baru, kerana mereka tidak menikmati lapangan permainan yang sama dengan penyandang atau pemimpin lama; sehingga mereka kurang peluang memperkenalkan diri mereka kepada perwakilan.

Bagi calon-calon baru, peluang memperkenalkan diri, perlu diberikan masa yang cukup, agar mereka sekurang-kurang mempunyai asas yang sama dengan para penyandang atau pemimpin lama. Jika peluang ini, tidak diberikan, maka unsur mencungkil pemimpin pelapis bagi tujuan transfotmasi parti, akan terbantut dan tidak mencapai matalamatnya.

Tiada ertinya membuka ruang yang luas kepada calon-calon untuk bertanding, namun ruang tidak diberikan seluas-luasnya kepada mereka, untuk menerangkan tujuan, visi dan matalamat mereka. 

Kepada penyandang atau pemimpin lama, jangan letak di dada, bahawa dengan singkatnya masa diberikan kepada calon-calon baru, adalah untuk menjamin mempertahankan jawatan. Kalaulah itu matalamatnya, maka tujuan transformasi tidak akan berjaya.

Bayangkan, betapa lesunya pertandingan Naib Presiden, jika Mukhriz tidak menawarkan diri; keadaan pemilihan seperti tidak bermaya. Malangnya, penyertaan beliau, yang menyemarakkan pemilihan Umno kali ini, dilihat sebagai menguggat kedudukan para penyandang.

Perlu diterima bahawa setiap penjawat jawatan perlu melihat bahawa perwakilan lah yang memberikan mereka jawatan itu. Ertinya, jika selama mereka memegang jawatan itu, hasrat dan aspirasi para perwakilan sudah dipenuhi, maka sepatutnya mereka tidak gentar berdepan dengan calon-calon baru. Janganlah memaksa perwakilan memberi peluang sekali lagi, kerana perwakilan seolah-olah tiada pilihan, selain memilih mereka, kerana perwakilan tidak berpeluang mengenali calon-calon yang sememangnya mempunyai kelebihan dan mempunyai potensi yang lebih jauh.

Bagi ahli Umno yang berjumlah hampir 3.5 juta dan rakyat umumnya, mahu melihat, pemimpin parti adalah mereka yang benar-benar berjiwa pemimpin, berwibawa dan bagi calon-calon muda pula kempimpinan mereka akan mempunyai sinar yang terang benderang kalau digilap.

Semua ahli pada pemilihan parti kali ini, melihat bahawa pada pemilihan Oktober ini, merupakan pemilihan yang amat kritikal kepada parti. Atas sebab apa? mungkin pemilihan ini adalah pemilihan akhir sebelum Umno berdepan dengan PRU-14.

Pada pemilihan inilah Umno perlu membariskan kepimpinan yang diserahkan kepada rakyat untuk diadili pada PRU-14 akan datang. Kalaulah pemilihan kali ini, masih mempertahankan mereka-mereka yang sama seperti semasa PRU-12 dan PRU-13, AYT khuatir, Bn akan kehilangan lebih banyak kerusi. Jika yang itu yang berlaku, maka Umno terpaksa akur dengan pengalaman Parti Kongres India, Parti Golkar Indonesia dan Parti LDP Jepun; apabila kecundang, maka baru sibuk dengan pembaharuan.

Jangan tunggu saat itu, pada masa ini, perlu dilakukan transformasi dan pembaharuan kepada parti, agar parti dapat terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

Kepada perwakilan, lupakanlah calon-calon yang medekati masa maghrib, mereka yang sebenarnya sudah luput masa, ketengahkan pemimpin muda, seperti Mukhriz, Khairy, Rahman Dahalan, Tawfiq Abu Bakar Titingan, Suraya Yakob, Idris Haron, Razali Ibrahim, Saifuddin Abdullah, Nur Jazlan Mohammad, Azalina Othaman Said, Rosnah Shaerlin Rashid untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden.

No comments:

Blog Archive