Friday, September 06, 2013

Pemilihan Umno: Hanya Naib dan AMT Ada Pertandingan

HAMPIR pasti, Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pasti dikekalkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juga, hampir pasti hanya jawatan Naib-Naib Presiden dan sudah tentunya kerusi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang dipertandingkan pada pemilihan parti yang dijadualkan pada 19 Oktober ini.

Ramai pihak dalaman parti memeriahkan pertandingan untuk merebut jawatan dalam pemilihan parti kali ini ialah bagi memastikan dalam tempoh tiga tahun lagi iaitu ketika pemilihan Umno sekali lagi kelak akan menawarkan kepimpinan baru sebelum pilihan raya umum ke-14.

Penyandang Jawatan Naib Presiden Buat Gabungan

Berulang seperti pemilihan tahun 1993, di mana "team wawasan" di mana antaranya Tan Sri Muhyiddin salah seorang anggota gabungan itu, menang dengan selesa dalam pemilihan. Pada pemilihan kali ini, tiga penyandang jawatan itu turut bergabung, bagi memperlancar kemenangan mereka. Salah seorang penyandang jawatan Naib Presiden Datuk Hishamuddin Hussin pernah berkata “Sebagai naib presiden Umno, kerjasama di antara saya, Zahid dan Shafie selalunya sangat rapat. Jika ia memberi manfaat kepada parti, maka ia patut diteruskan,”.Hishammuddin berkata, gabungan adalah sebahagian daripada peningkatan kesedaran ahli untuk mengukuhkan Umno dengan berganding bahu untuk meletakkan kepentingan parti di atas kepentingan individu.

Pencabar mereka ialah Tan Sri Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Musa Aman, seorang lagi yang masih belum terbuka mengisytiharkan pencalonannya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir juga dikatakan sedang mempertimbangkan pilihannya dalam perebutan jawatan naib presiden di mana hampir 150,000 ahli dijangka mengundi bagi jawatan tertinggi parti, berikutan pindaan pengundian.

Sebelum pemilihan tahun ini dan pindaan dalam perlembagaannya pada 2009, hanya kira-kira 2,500 perwakilan mempunyai hak mengundi.

Membentuk gabungan membolehkan calon untuk memberi kelebihan kepada satu sama lain daripada segi kekuatan dan sokongan, tetapi ia tidak memberi jaminan mereka akan menang.

Membentuk gabungan sebenarnya tidak menjamin kemenangan kerana ahli kini mencari pemimpin yang berwawasan dan boleh dipercayai untuk membawa parti ke fasa seterusnya. Perwakilan sekarang lebih bijak. Mereka akan mengundi bukan mengikut blok atau kumpulan. Malah, mereka akan melihat individu yang berjasa yang boleh memastikan kelangsungan parti dalam pilihan raya akan datang dan masa depan.

Daripada semua enam calon, pemerhati parti mendapati Ahmad Zahid mungkin akan kekal kerana popularitinya di akar umbi dan dua lagi rakan penyandangnya berharap keadaan itu akan membawa mereka bersama.

Bagaimanapun, Isa dan Mohd Ali tidak patut dipandang remeh kerana di sebalik mempunyai `beban’, kedua-duanya disenangi ramai kerana sikap peramah dan merendah diri mereka.

Isa didapati bersalah dan digantung kerana kesalahan politik wang pada 2005 manakala Mohd Ali dilarang bertanding pada 2009 selepas didapati mencemar peraturan pemilihan parti.

Sejak dilantik sebagai penerusi Felda dua tahun lalu, Isa bekerja keras membantu peneroka Felda yang secara tidak langsung berjaya memberi undi kepada Umno dan seterusnya kepada Isa juga.

Mohd Ali, yang juga bekas naib presiden dari 2004 hingga 2009, mungkin mendapat `undi simpati’ kerana tewas di kerusi parlimen Bukit Katil kepada PKR pada pilihan raya lalu.

Namun demikian, senario pengundian dalam memilih Naib President akan berubah sepenuhnya, jika dua pemimpin yang merupakan Ketua Menteri dan Menteri Besar , iaitu Datuk Seri Musa Haji Aman dan Datuk Seri Mukhirz Tun Dr Mahathir menyertai pertandingan.

Penyertaan dua pemimpin ini, akan menjadikan kedudukan tiga Naib President dalam keadaan terbuka, ertinya sesiapa sahaja daripada mereka mempunyai peluang menang.

Jika Musa bertanding, perwakilan akan memberinya peluang menang, kerana sebagai pengimbang kedudukan apabila tiba masanya berlaku perubahan pucuk pimpinan parti. Manakala, Mukhriz mungkin dimenangkan untuk memastikan beliau salah seorang pemimpin yang akan mengambil alih pucuk pimpinan menejelang PRU-14. Jika perwakilan, mahukan peralihan kuasa yang licin, maka mereka akan memenangkan Musa, dan Mukhriz sekaligus. Dengan senario ini, 4 calon lain akan bersaing sesama sendiri untuk mendapat tempat. Sekali lagi, jika perwakilan mahukan peralihan kuasa dalam parti berlaku dengan licin dan teratur, besar kemungkinkan akan memilih gandingan Musa-Mukhriz- Mohd Ali rustam. Keadaan ini berlaku, jika Musa dan Mukhriz bersedia bertanding.

No comments:

Blog Archive