KALAULAH Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno, ada kemungkinan gerakan Anti Transformasi dalam parti belum memunculkan diri.
Gerakan Anti Transformasi itu mempergunakan media luar negara, seperti The Economist, untuk membuat teori, kononnya, jika Mukhriz berjaya menduduki kerusi Naib Presiden, maka kedudukan Najib akan terancam.
Pada zaman Tun Abdullah Badawi, majalah antarabangsa berkenaan, melalui berberapa siri terbitannya, menulis berkaitan betapa perlunya transformasi dalam parti tunjang kerjaan BN itu, jika mahu kekal relevan dalam singgahsana politik tanah air. Kini, apabila ada generasi pelapis menyahut cabaran itu, majalah itu bertukar "tune" kononnya tindakan itu merupakan cabaran kepada Najib.
Najib selepas sahaja menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, dan menjadi Presiden Parti pada tahun yang sama, telah melopori transformasi dalam parti. Antara tindakannya adalah mengubah sistem pemilihan parti, dengan memansuhkan sistem kuota pencalonan.
Tujuan perubahan sistem pemilihan itu, adalah untuk membuka seluas-luasnya peluang kepada pemimpin pelapis untuk merebut jawatan dalam parti, dan seterusnya membarisi kepimpinan parti.
Mengapa nama Mukhirz dinamakan sebagai acaman kepada Najib? jika Mukhriz menang dalam pemilihan Oktober ini? Sedangkan selepas PRU-12, pemimpin yang terawal yang mahukan Najib sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri Malaysia datangnya daripada Menteri Besar Kedah itu.
AYT melihat laporan The Economist itu adalah gerakan terselindung daripada mereka-mereka yang anti transformasi dalam parti. Atas sebab apa? sebelum Menteri Besar Kedah menyatakan kesediaannya menawarkan diri bertanding kerusi Naib, tiadapun uar-uar seperti itu.
Cuma, kenyataan penyandang jawatan itu, Datuk Zahid Hamidi, yang mahukan agar Mukhriz meminta padangan daripada Najib, jika beliau mahu bertanding kedudukan Naib. Sebenarnya, kenyataan Zahid itu, menjadi perbincangan berbagai pihak, sejak masa mana, jika seseorang pemimpin parti yang menawarkan diri bertanding, maka perlu mendapat nasihat daripada Presiden.
Jika Presiden diminta pendapat, maka barulah seseorang itu boleh menawarkan diri, ertinya Presdien, tidak netral; sedangkan hakekatnya, Presiden senantiasa kekal netral bagi seluruh lapisan kempimpinan parti, kerana pertandingan dalam parti adalah pertandingan kekeluargaan.
Teori atau 'tuduhan" kononnya, apabila Mukhriz berjaya menang salah satu kedudukan kerusi Naib Presiden, maka menjadi ancaman kepada Perdana Menteri, kerana kononya, para pemimpin yang tidak suka kepada Presdien itu akan bergabung dengan Menteri Besar Kedah itu untuk menjatuhkan kedudukan Presiden. Anggapan seperti ini adalah anggapan yang sungguh nakal, dan cuba mempengaruhi proses TRANSFORMASI parti.
Hakekat perlu diterima, bahawa PEMILIHAN parti kali ini, ada pemilihan yang amat kritikal kepada parti, kerana kemungkinan pemilihan ini adalah pemilihan terakhir sebelum pilihanraya umum ke-14.
Mereka yang anti transformasi parti, menginginkan agar parti GAGAL membariskan pemimpin yang boleh berdepan dengan pembangkang pada PRU-14. Percayalah gerakan anti transformasi parti ini, mempunyai niat tersembunyi dan mempunyai agenda tersenidiri, agar mereka mempunyai modal untuk menghentam dan mempertikai parti terutama pada masa berdepan dengan PRU-14 akan datang.
Menanggapi tulisan majalah luar negara itu, Menteri besar Kedah itu dalam laporan Berita Harian hari ini menegaskan bahawa pandangan tersebut, seperti dibangkitkan dalam laporan majalah The Economist, adalah tidak benar.
“Saya sedar ada usaha untuk cuba bangkitkan persepsi negatif terhadap penyertaan saya dalam pemilihan untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.
“Saya tidak kisah dengan teori itu tetapi saya nak tegaskan laporan itu tidak benar sama sekali,” katanya yang menambah, beliau sendiri berkempen supaya Najib menjadi presiden Umno sebelum ini.
Majalah antarabangsa itu dalam laporannya menyebut kemenangan anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dijangka akan menyebabkan masa depan Najib menjadi malap.
Ia berdasarkan pandangan bahawa golongan yang menentang Najib akan mendampingi Mukhriz – pemimpin yang dianggap sebagai penyambung kepimpinan Mahathir.
Muhkriz yang membangkitkan mengenai prestasi BN di Kedah berkata, beliau berharap agar dinilai berdasarkan sumbangannya.
No comments:
Post a Comment