Wednesday, September 04, 2013

Naib Presiden Umno: Bolehkah Ali Rustam Menang?

Pengerusi PUNB yang baru dilantik yang juga mantan Ketua Menteri Melaka- Datuk Mohd Ali Rustam mengumumkan akan bertanding Naib Presiden parti pada pemilihan parti 19 oktober ini.

Mohd Ali pernah menyandang jawatan Naib Presiden daripada 2004-2009. Pada pemilihan parti tahun 2009, beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden, akan tetapi gugur kelayakan, kerana masalah dikatakan melanggar tatacara pemilihan parti.

Pada PRU-13 lalu, Mohd Ali bertanding diperingkat Parlimen, namun tewas di Parlimen Bukit Katil, Melaka kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Akin.

Tindakan beliau itu dijangka menghangatkan lagi saingan bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad juga telah menyatakan pendiriannya untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.

Bukan merupakan luar kebiasaan parti, bahawa seseorang  yang bukan ahli kabinet tidak berjaya merebut salah satu kerusi Naib Presiden. Allahyarham Tun Ghapar Bapa, senantiasa menang jawatan itu sejak tahun 1978, walaupun beliau bukan anggota kabinet.

Namun, memandangkan isu peremajaan parti, kedudukan Mohd Ali yang telah berumur 64 tahun, mungkin menjadi pengahalang kepada kemenangannya. Kalaupun perwakilan parti memilih kombinasi antara orang lama dan baru, Mohd Ali perlu bersaing dengan Datuk Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan tempat, manakala dua tempat lagi akan diisi oleh Datuk Hishamuddin dan Datuk Safie Apdal.

Kedududakan Saifie Apdal agak terjamin, kerana besar kemungkinan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Musa Aman, yang disokong akar umbi daripada Sabah tidak akan bertanding merebut salah satu daripada kerusi Naib Presiden, sebaliknya hanya mempertahankan kerusi Ahli Majlis Tertinggi.

Berasaskan kepada kedudukan semasa, nampaknya barisan kemimpinan parti hasil pemilihan tahun 2009, bagi peringkat Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, perwakilan akan mempertahankan status quo, walaupun pada kali ini untuk julung kalinya sistem pemilihan parti menggunakan sistem Electoral College dalam pengiraan undi.

Kalaulah Mohd Ali menang pada PRU-13 lalu, dan berkedudukan Menteri, besar kemungkinan beliau akan mampu menggantikan kedudukan Datuk Dr Zahid Hamidi, namun berasaskan keadaan semasa, seperti AYT ramalkan di atas, status quo barisan tertinggi parti akan dipertahankan.

No comments:

Blog Archive