Saturday, September 07, 2013

Mantan Setiausaha Agung LDP heret Parti ke Mahkamah

SETIAUSAHA AGUNG LDP yang dipecat - Datuk Teo Chee Kang, bersama Timbalan Presiden yang digantung - Datuk Chin Su Phin memfailkan satu petisyen di Mahkamah pada Jumaat, berkaitan Ketetapan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti ke 25 pada 9 jun 2013 apakah sah ataupun tidak. Namun, mahkamah memutuskan tidak boleh membuat apa-apa penafsiran, sebelum mendengar maklum balas daripada kepimpinan LDP. Mahkamah menangguhkan pada 30 September untuk mendengar semula pestisyen tersebut.

Kalaulah mahkamah membuat keputusan berasaskan kepada Perlembagaan parti, maka keputusannya tidak akan memihak kepada Teo dan Chin, kerana jelas dalam perlembagaan Parti, bahawa sebarang Keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi adalah keputusan muktamad kecuali keputusan itu diubah sendiri dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi. Perlembagaan parti Seksyen 11 (c ) berbunyi “Notwithstanding anything in this By-Laws herein contained, the decision of Supreme Council of the Party shall Final and conclusive and shall not be subject to question by or in any court of law.”, sementara itu menurut ROS 1966 Seksyen 18C “ The decision of a political party or any person authorized by it or by its constitution or rules or regulations made thereunder on the interpretation of its constitution, rules or regulations or on any matter relating to the affairs of the party shall be final and conclusive and such decision shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or called in question in any court on any ground, and no court shall have jurisdiction to entertain or determine any suit, application, question or proceeding on any ground regarding the validity of such decision..”

Satu pertanyaan? selepas kumpulan Teo dan Chin memfailkan petisyen di Mahkamah pada Jumaat berkaitan dengan kesahihan Mesyuarat ke-25 Parti yang diadakan pada 9 Jun 2013, mereka pula kononnya mengadakan Mesyuarat “ Majlis Tertinggi” di sebuah Hotel di Kota kinabalu pada sebelah malamnya.

Sebenarnya menurut Perlembagaan Parti itu Article IV Section 15 (ix) dan Article VI Section 20 (C ); Teo dan Chin tidak lagi mempunyai kapasiti bercakap atau mengaku sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, kerana mereka kini tidak mempunyai sebarang jawatan parti.

Teo telahpun dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti pada 27 Ogos, manakala Chin digantung sebagai Timbalan Presiden pada 31 Ogos lalu.

Tindakan Teo dan Chin membawa perkara parti ke mahkamah, hanyalah menyalahgunakan proses mahkamah, kerana jelas, apapun keputusan Mahkamah perlu bersandarkan kepada Perlembagaan Parti.

Perlembagaan Parti dengan jelas, menyatakan bahawa keputusan atau ketetapan Majlis tertinggi adalah conclusive dan tidak boleh dipertikai termasuk di Mahkamah.

Teo sebagai peguam, sepatutnya mengkaji isi Perlembagaan Parti, sebelum membuat tindakan mengheret Parti ke Mahkamah.

No comments:

Blog Archive