Friday, September 13, 2013

LDP Di bawah Datuk Chin Su Phin- Kemana Hala Tujunya?

MUNGKIN kah LDP akan jadi Parti Pembangkang di peringkat Negeri? dan komponen barisan Nasional di Peringkat Pusat.

Keadaan seperti ini, bukan janggal di Sabah. Tahun 1976-1985, Parti Usno dan Parti Berjaya merupakan musuh dalam negeri, namun kedua-duanya parti komponen di Peringkat Pusat. Demikian juga, Tahun 1985-1990; berlaku sekali lagi, antara dua Parti, dan kali ini antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Usno.

Jika, kenyataan politik diambilkira, sudah tentunya, LDP di bawah Kepimpinan Datuk Chin Su Phin TIDAK boleh berkerjasama dengan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Aman. Ertinya selagi Musa sebagai Ketua Menteri, selagi itulah LDP merupakan musuh Musa.

Pada Ogos tahun 2010, dengan JELAS dan NYATA, Chin Su Phin sebagai Timbalan Presiden Parti pada masa itu, TELAH mengeluarkan KENYATAAN sebaik sahaja beliau dan Datuk Teo Chee Kang keluar daripada Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Musa; bahawa Parti LDP tidak BOLEH lagi berkerjasama dengan Ketua Menteri Sabah itu dan SETERUSNYA telah HILANG kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Perhubungan Umno Sabah itu.

Kenyataan yang serupa, telah beliau ULANGI, semasa merasmikan Mesyuarat Tahunan Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu di Sandakan pada tahun 2011.

Hubungan Musa dan LDP sebenarnya menjadi keruh, ekoran kenyataan Chin itu. Salah satu akibatnya, parti itu kehilangan salah seorang pemimpinnya, iaitu Datuk Peter Pang pada 1 September 2010, di mana waktu itu Pang adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Pang menyertai Parti Gerakan Malaysia selepas itu, dan tidak dipilih sebagai calon pada tahun 2013.

Parti LDP terpaksa membayar mahal, atas keluarnya Pang daripada LDP dan tidak terpilih sebagai calon, kerana pada PRU-13 lalu, Presiden Parti itu gagal mempertahankan Parlimen Sandakan, kerana penyokong Pang tidak mengundi calon BN yang diwakili LDP.

Di atas kertas, Calon BN bagi Parlimen Sandakan boleh menang dengan majoriti di atas 1,000, bukan kalah dengan jumlah undi itu; alasannya, dua DUN di bawah kawasan Sandakan, DUN Tanjong Papat dan DUN Elopura, kedua-duanya dimenangi calon BN.

Pada PRU-13 itu, undi yang diperolehi calon BN bagi kawasan dua DUN (Tanjong Papat dan Elopura) sebanyak 14,258 berbanding undi DAP 12,485. Berasaskan jumlah undi itu, BN sebenarnya menang dengan majoriti 1,773; akan tetapi ini tidak berlaku, kerana undi yang diperolehi calon BN bagi Parlimen Sandakan berjumlah 13,138, manakala calaon DAP 14,226; atas sebab itu calon BN yang diwakili Presiden LDP- Datuk VKLiew kalah dengan jumlah undi 1.088. Berdasarkan kepada data undi ini, dengan jelas, ada sebahagian penyokong BN tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.

Sebenarnya, keluarnya Pang daripada LDP, hampir membawa padah kepada calon-calon BN daripada LDP di kawasan DUN, kalaulah bukan kerana penyokong UMNO yang kental, kemungkin tiga kawasan DUN yang ditandingi LDP kalah pada PRU-13 lalu.

Meskipun Timbalan Presiden LDP itu menyatakan tidak dapat berkerjasama dan hilang keprecayaan terhadap kepimpinan MUSA, yang pada peringkat awalnya, ramai penyokong Umno marah dengan kenyataan itu, namun apabila menyangkut PILIHANRAYA yang menentukan kedudukan BN, penyokong UMNO tetap menyokong calon-calon BN. Akan tetapi, sokongan penyokong UMNO tidak cukup mengatasi undi PROTES di Parlimen Sandakan, atas sebab itu, VKLIEW gagal mempertahankan kawasan itu.

Sebenarnya, jika VKLIEW terbaca daripada awal, bahawa kenyataan Timbalannya itu, boleh memudaratkannya; dan dari awal-awal lagi mengambil tindakan terhadap timbalannya itu, sudah tentu, parti LDP tidak kehilangan Peter Pang dan beliau tidak kehilangan kerusi Sandakan.

Kini Chin, bertindak lagi dengan mempengaruhi Datuk Teo Chee Kang untuk melakukan krisis dalam parti, sehingga belaku pertembungan antara kumpulan VKLiew dan beliau. Di pihak Chin, beliau dilantik sebagai Pemnagku Presiden Parti, manakala di pihak VKLIEW, Presiden LDP sejak tahun 2006 itu, menganggap tindakan kumpulan CHIN itu tidak sah dan melanggarkan PERLEMBAGAAN PARTI.

Berasaskan kepada PERKEMBANGAN dalam parti LDP, pucuk PIMPINAN BN, perlu bertindak SESUATU, kerana dilihat, bahawa selain parti itu, parti MCA juga mengalami krisis kepimpinan selain MIC.

Namun satu persoalan, JIKA pihak ROS mengakui KUMPULAN CHIN sebagai pemimpin yang SAH, apakah Musa sebagai Pengerusi BN Sabah akan dapat MENERIMA kehadiran CHIN?, sesuatu yang perlu ditunggu kesudahannya.

No comments:

Blog Archive