VKLiew dan Charlie Pang selepas mesyuarat MT pada Sabtu |
CADANGAN Kumpulan Teo Chee Kang fraksi yang berkrisis dengan Kumpulan VKLiew yang bakal diadakan pada 6 Oktober depan, adalah tidak sah menurut satu kenyataan daripada Kumpulan Liew, sepertimana diemilkan kepada AYT.
Antara sebab mengapa cadangan atau permintaan itu tidak sah, atas sebab kumpulan itu sudah tidak memenuhi Klausa 17(b) (iii) Subklausa (c) yang mana sebab-sebab mesti diberikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung dan diperlukan sekurang-kurangnya 30 hari notis tentang tarikh dan masa mensyuarat serta agenda perbincangan.
Selain itu, menurut kenyataan itu, senarai perwakilan yang kononnya berjumlah 496 daripada 19 bahagian, adalah senarai yang meragukan, malah ada diantara perwakilan yang tersenari telah melaporkan kepada pihak polis, bahawa tandatangan mereka dipalsukan.
Pada Mesyuarat Tertinggi yang dipepengerusikan Liew yang berlangsung semalam, turut menerima beberapa akuan bersumpah daripada senarai perwakilan yang seperti yang terdapat pada rekuisisi kumpulan Teo, bahawa tandatangan mereka pada senarai itu adalah palsu.
Krisis dalaman LDP yang bermula pada 27 ogos lalu, timbul apabila Kumpulan Teo dimana pemimpin dibelakangnya adalah Datuk Chin Su Phin, ketika mana sebagai Timbalan Presiden, tidak menghormati keputusan Majlis Tertinggi parti yang diadakan pada 9 Jun 2013, dimana salah satu resolusi adalah tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Ekoran daripada tindakan kumpulan Teo itu, maka pada 27 Ogos Setiausaha Agung parti itu, iaitu Teo sendiri telah dilucutkan jawatan. Dalam pelembagaan parti, kuasa melantik setiausaha agung adalah atas budibicara dan kuasa Presiden.
Mesyuarat Majlis Presiden LDP pada 31 Ogos, selain bersetuju dengan tindakan VKLiew melucutkan jawata Teo, pada mesyuarat itu diputuskan untuk menggantung Datuk Chin Su Phin sebagai Timbalan Presiden.
Mesyuarat MT Fraksi Liew yang bermasyuarat semalam, sebulat suara menyatakan bahawa iklan pada 25 dan 26 September melalui surat khabar tempatan, kononnya ada Persidangan Agun Khas (EGM) parti yang bertempat di Dewan Kian Kok Kota Kinbalau pada 2 Oktober adalah bukan anjuran Parti LDP, melainkan anjuran mereka yang sebenarnya tiada hak lagi bercakap urusan parti.
Berasaskan krisis yang berlarutan antara fraksi Liew dan Teo, besar kemungkin parti komponen BN Sabah itu, akan mengalami pembatalan oleh ROS, seperti mana belaku pada komponen BN di Sarawak PBDS dan SNAP. Atau kah akan bakal mucul parti baru, akibat bepecahnya parti itu.
AYT melihat, krisis LDP yang pada mulanya hanya krisis kepentingan kepimpinan, kini sudah menjadi krisis yang boleh menganggu gugat kekuatan BN Sabah.
Kumpulan Teo yang ditulang belakangi Chin Su Phin, mempunyai sejarah sebagai pemimpin LDP yang secara terang-terangan tidak dapat menerima kepimpinan Musa Aman. Sedangkan Musa adalah pemimpin utama BN Sabah yang telah berjaya membawa kejayaan BN selama tiga penggal pilihanraya.
Kenyataan Chin yang menolak kepimpinan Musa, bukan sahaja mengores hati Ketua Menteri Sabah itu, malah ahli dan penyokong Umno, atas sebab Musa adalah Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.
AYT masih kelabu, bagai mana menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu, apa kah sudah sampai masanya kepimpinan tertinggi BN perlu masuk campur?
Sebagai catatan pada PRU-13 lalu, LDP bertanding 4 kawasan DUN dan satu Parlimen. Tiga kerusi DUN dimenangi- iaitu Dun Merotai (melalui Datuk Pang Yuk Ming- kini Pemangku Timbalan Presiden Fraksi Liew); Dun Karamunting (melalui Charlie Pang- Kini bendahari Agung Parti Fraksi Liew); Dun Tanjung Kapor (melalui Datuk Teo Chee Kang- Kini fraksi Teo dan Chin). Sementara VKLiew gagal mempertahan kerusi Parlimen Sandakan dan kalah kepada calon DAP. Sementara kawasan baru parti itu DUN Likas, parti gagal merebutnya daripada DAP.
No comments:
Post a Comment