Saturday, September 07, 2013

Kenaikan Harga Minyak- Kenapa Kita Mudah Tertipu?

Perbandingan Harga Dan Pengeluar Minyak Dunia..Kenapa Kita Mudah Ditipu?
Ramai rakyat Malaysia mengatakan buat apa bandingkan harga minyak dengan negara asia tenggara...Kenapa tak bandingkan dengan negara Venezuela? harga minyak mereka hanya 0.03 Sen perliter...Kenapa tak bandingkan dengan Arab Saudi yang harga seliternya hanya RM 0.50?

Ini semua taktik memporak perandakan pemikiran rakyat Malaysia..tahukan kita banyak lagi negara yang mengeluarkan minyak lebih besar dari Malaysia tetapi menjual harga yang lebih tinggi. Baca betul-betul gambar rajah di atas.

Negara China. Kenapa negara China? sebabnya kita sedia tahu yang China merupakan sebuah negara yang paling banyak menjalankan urusan perniagaan dan jual beli, dan kini kedua terbesar ekonomi selepas Amerika Syarikat.

Kalau anda hendak tahu, pembekal dan pemborong di negara China lebih selesa menjual barang mereka dengan berkala besar..walaupun berkala besar namun harganya masih lebih rendah.

Kita buat perbandingan dengan Malaysia...China mengeluarkan minyak 4 juta tong sehari dengan kadar harga RM 4.44...jika hendak dibandingkan dengan Malaysia hanya mengeluarkan 693 Ribu dan menjual dengan harga RM 2.10.

China mengeluarkan minyak lebih banyak dari Malaysia tetapi kenapa harga jualan mereka tinggi? Walaupun tinggi, urusan jual beli dengan negara China tetap masih rendah jika hendak dibandingkan dengan kadar harga di Malaysia.

Jawapannya ialah kerana pemborong dan pembekal di Malaysia yang majoritinya orang Cina telah bersepakat untuk mengenakan harga yang tinggi jika harga minyak naik. Perkara ini tidak berlaku di China, kerana sistem ekonomi mereka bersifat ekonomi terkawal, tidak seperti ekonomi negara ini yang bersifat terbuka.

Peniaga,pembekal dan pemborong Cina di Malaysia tidak kisah jika harga minyak naik, kenaikan harga minyak menjadi kambing hitam untuk menaikan harga barang.

Bagaimana pula jika harga minyak di Malaysia turun? seperti mana belaku selepas kenaikan mendadak tahun 2006, kemudian minyak diturunkan daripada RM2.70 kepada RM1.70 selitar, apakah harga barang juga turun? jawapannya tidak!!!! malah jika harga minyak tak naik pun mereka akan gunakan taktik sembunyikan bekalan makanan untuk beri tekanan menaikkan harga sesuka hati.

Malah mereka ini akan mencuri kesempatan menaikkan harga di musim-musim perayaan.

Tapi berapa ramai yang sedar akan hal ini? bila harga barang naik sahaja terus kita salahkan kerajaan 100%...sebenarnya tidak...yang bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati ialah golongan pembekal pemborong dan pengilang..kita yang golongan pengguna ni hanya diperbodohkan sahaja..bila harga naik terus percaya berpunca daripada kenaikan harga minyak. Pihak Pembangkang pula dengan kemahiran putar belit, terus menuding jari kepada kerajaan, kononnya kerajaan tidak tahu mengurus perekonomian negara.

Kita sebagai rakyat kena analisa, kena membuka mata besar-besar, jika ada yang mengatakan bahawa harga barangan naik, semata-mata kerana harga minyak.

Sebenarnya, kenaikan harga barang kononya disebabkan oleh harga minyak, adalah satu muslihat yang terus diputar belit, sehingga ianya menjadi phobia kepada rakyat. Kenaikan harga minyak seolah-olah satu penyakit yang melanda rakyat, sehingga berlaku sahaja pergerakan sedikit ke atas harga minyak, maka kita panik, tanpa berfikir, terus menuding jari kepada kerajaan.. 

No comments:

Blog Archive