Thursday, September 12, 2013

Datuk Chin Su Phin Dan Datuk Teo Chee Kang Bagaikan LANUN: VKLiew

KUMPULAN Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presdien LDP yang digantung dan Datuk Teo Chee Kang Setiausaha Agung Parti yang dipecat, bagaikan LANUN yang naik ke kapal dan mahu merampas kapal, demikian ulasan Presiden LDP Datuk VKLiew.

Kumpulan Chin dan Teo yang bermesyuarat bersama dengan 35 orang yang mereka panggil Mesyuarat "Majlis Tertinggi" kumpulan mereka pada Isnin, di Sebuah Kelab Golf di Ibu Negeri, "melucutkan" jawatan VKLIew daripada jawatan Persiden LDP.

Pada 31 Ogos dalam satu Mesyuarat Majlis Presiden Parti itu, telah memutuskan penggantungan Datuk Chin Su Phin sebagai Timbalan Presiden, sementara Datuk Teo Chee Kang telah dilucutkan daripada jawatan Setiusaha Agung.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti yang bermesyuarat pada 8 September, telah mengukuhkan keputusan Presiden dan Majlis Presiden berhubungan dengan nama-nama pemimpin yang digantung dan dipecat daripada parti dengan berbagai sebab, antaranya menlanggar disiplin parti, salah guna kuasa, dan pecah amanah.

Timbalan Presiden yang digantung, Chin Su Phin, telah beberapa kali sebelum ini, melakukan tindakan bercanggah dengan keputusan parti. Antara tindakan beliau itu, kenyataannya bahawa Parti LDP tidak lagi boleh BERKERJASAMA dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, sebaik sahaja beliau dan Teo keluar mesyuarat BN pada Ogos tahun 2010.

Akibat kenyataan beliau itu, salah seorang Naib Presiden Parti, Datuk Peter Pang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah terpaksa keluar daripada parti pada 1 September tahun yang sama.

Pada Mesyuarat Agung parti tahun 2011, di Sandakan, Chin juga mengulangi kenyataannya bahawa Beliau tidak boleh berkerjasama dengan Musa, semasa merasmikan Mesyuarat Pegerakan Pemuda dan Wanita.

Kini, apabila beliau merasakan kecamannya tidak berimpak, maka beliau melakukan GERAKAN untuk merosakkan parti daripada DALAM, apabila berjaya mempengaruhi DATUK Teo Chee Kang yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dalam Kabinet Musa merangkap ADUN Tanjong Kapor melakukan tindakan tidak memathui KEPUTUSAN mesyuarat MT pada 9 jun 2013.

Dalam perlembagaan Parti, sesiapa sahaja ahli atau pemimpin parti wajib mematuhi keputusan tiga badan Parti, iaitu Keputusan Mesyuarat Agung Parti. Mesyuarat Majlis Presiden dan Mesyuarat Majlis Tertinggi.

Dalam rangka perebutan KUASA dalam parti, satu tindakan alah gengster telah dilakukan KUMPULAN CHIN dan TEO, apabila mereka menceroboh Ibu pejabat Parti, dengan merosakan kunci-kunci dan sekaligus menggantikan kunci-kunci di semua pintu masuk di Pejabat itu. Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Agung Parti itu Lorreto Sipin Padua Jr berhubungan dengan pencerobohan kumpulan Chin dan Teo itu.

Tindakan Chin sebagai Ahli Dewan Negara dan Teo sebagai anggota Kabinet negeri, dengan memutuskan undang-undang di tangan mereka, merupakan satu tindakan yang tidak perlu berlaku. Mereka telah memberi contoh yang amat tidak baik, malah tindakan mereka itu amat dikesali, dalam negara yang mengamalkan undang-undang.

Di kaca mata rakyat, tindakan Chin daa Teo, menunjukkan bahawa mereka, mengikut nafsu sendiri kerana kuasa. Jika demikianlah tingkah laku pemimpin ini, adalah tidak wajar mereka menganggotai sebarang kedudukan dalam pengambilan keputusan, termasuk sebagai ahli Dewan negara mahupun sebagai ADUN.

No comments:

Blog Archive