Latest News

Apa Yang Bung Moktar DAPAT?

WALAUPUN melayu tahu, bahawa negara ini adalah negara tanah melayu, namun perlu diingat, negara ini adalah bekas jajahan.

Penjajah tidak mahu agar tanah melayu wujud dengan hanya dihuni oleh orang melayu, atas sebab itu semasa jajahan mereka, orang-orang luar di bawah masuk.

Orang china di bawah masuk untuk mengusahakan lombong-lombong terutama lombong bijih timah, dan Kuala Lumpur adalah satu kawasan yang dibuka oleh orang China, yang bernama Yap Ah Loi.

Orang india pula di bawah masuk selain berkerja di lading-ladang juga menjadi jaga bagi pejabat atau kediaman penjajah.

Orang melayu yang menebal dengan rasa angkuh dan merasa ada harga diri, semasa zaman penjajahan tidak sanggup menjadi kuli atau buruh, meskipun ada yang sanggup atas sebab terpaksa.

Tahun 1957, semasa kemerdekaan, British sebagai penjajah terakhir, sanggup memberikan kemerdekaan, asalkan sesiapa sahaja yang berada di Tanah Melayu pada hari kemerdekaan, wajib diterima sebagai rakyat atau warga negara.

Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj bersetuju dengan permintaan british itu, atas sebab itu pada hari ini Malaysia terdiri daripada empat puak utama, Kaum Melayu, Kaum Cina, Kaum India dan Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya, selepas sahaja Malaysia mendapat kemerdekaan, maka setiap rakyat yang ada dalam negara ini, berstatus sama; namun semasa mengumbal perlembagaan, British juga tidak mahu menyakiti hati raja-raja melayu, atas sebab itu pemberian keistimewaan kepada kaum melayu kerana raja-raja berketurunan melayu.

Atas sebab keistimewaan itu, maka beberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Terengganu negeri-negeri beraja, menteri besar mesti berbangsa melayu dan islam. Sementara di Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang yang tidak beraja tidak terdapat penekanan itu.

Kalau dihalusi semangat kemerdekaan itu, sebenarnya tiada satu kaumpun di negara ini, yang mempunyai hak berkata, menyuruh orang lain yang juga rakyat untuk keluar dan menjadi warga negara lain. 

Kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin di Parlimen, semasa membela Utusan Malaysia yang mengecam CEO AsiaX Azran Othman Rani, sepatutnya tidak perlu berlaku; kerana adalah hak individu itu menyuarakan pendapatnya, asalkan tidak menyalahi undang-undang negara.

Memang dihati kaum melayu, berharap bahawa atas semangat perlembagaan, maka kaum-kaum lain diminta menghormati perasaan kaum melayu yang berbaikhati bersetuju agar tanah airnya dikongsi dengan kaum-kaum lain; namun kaum melayu tidak dapat memaksa untuk senantiasa dihormati.

Kaum melayu, tidak mempunyai hak mutlak memaksa kaum lain agar kaum melayu sebagai tuan, meskipun dalam perlembagaan termaktub adanya keistimewaan raja-raja melayu.

Dalam sistem negara berpelembagaan, raja-raja melayu adalah ketua-ketua kerajaan dan berkuasa penuh tentang agama islam. Raja-raja tidak tertakluk kepada parti yang memerintah, meskipun sesebuah negeri yang beraja, di mana parti yang menang dalam sistem demokrasi bukan berasaskan melayu, maka Menteri Besar yang dilantik perlu seorang melayu dan islam. Atas sebab itu, pada PRU-12 lalu, meskipun DAP mempunyai kerusi terbanyak di kalangan pembangkang di Perak, maka Menteri Besar yang dilantik ada daripada PAS, kerana atas sebab faktor undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Sistem demokrasi negara kita, memungkinkan parti yang bukan berasas melayu memerintah di peringkat persekutuan, kerana tidak tertulis, bahawa Perdana Menteri itu perlu melayu atau islam; berlainan dengan negeri-negeri yang beraja.

Atas sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara, setiap warga negara mempunyai hak yang sama rata. Hanya secara praktikal kelihatan, kaum melayu dan bumiputera diberi keutamaan, kerana faktor sosial dan keamanan.

Pemerintahan negara telah mengwujud Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 72 dan berakhir pada tahun 1990. Tujuan DEB adalah mengurangkan jurang sosial dan ekonomi antara kaum melayu dan bukan melayu. Namun, dasar itu, tidak juga berjaya mengatasi ketimpangan, seperti mana data yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 2009, seramai 80 peratus kaum melayu/bumiputera di mana pendapatan rumah tangga mereka masih di bawah paras RM1,000, berbanding dengan kaum lain dimana jumlah yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 hanya 13 peratus bagi kaum india dan 10 peratus bagi kaum cina.

Berasaskan kepada ketimpangan ini, maka melalui politik, parti yang berteraskan melayu dan bumiputera meminta sokongan daripada parti-parti kaum lain, agar memberi ruang kepada kerajaan mencatur program atau polisi yang boleh membantu kaum melayu/bumiputera memperkecil jurang perbezaan pendapatan.

Namun polisi itu, sejak akhir-akhir ini bukan sahaja mendapat penentangan daripada kaum-kaum lain, malah daripada kaum melayu yang dikira telah mampu berdikari dan telah mampu bersiang dengan kaum-kaum lain. Di golongan inilah, termasuknya Azran Othman Rani dan adik Perdana Menteri Nazir Razak. Bagi dua individu ini, apa pun yang berlaku dalam negara, kedudukan ekonomi mereka tidak akan terganggu gugat lagi, kerana kedudukan mereka telah mapan.

Mereka, tidak akan penduli lagi bahawa majoriti kaum melayu/bumiputera berada pada tahap warga kelas 3; kerana bagi mereka, membela kaum itu, tidak menyumbang kepada jalinan perniagaan mereka secara jangka pendek. 

Bagi Azran yang merupakan CEO syarikat penerbangan, dia hanya menginginkan mereka yang berwang, demikian juga Nazir yang merupakan CEO CIMB , kerana perbankan hanya mengutamakan mereka yang berwang.

Kenyataan Bung Moktar yang mengecam Azran Othman Rani, mempunyai maksud tersirat, “kalaupun anda sudah berjaya-diam saja lah, kerana ramai lagi memerlukan pembelaan”; “sepatutnya anda bersyukur kerana dasar yang diwujudkan kerajaan, maka anda berjaya- meskipun anda tidak mahu berterima kasih, bukan soal, namun adalah malang, kerana anda lupa asal usul anda itu”.

Teguran Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahalan yang juga MP Kota Belud terhadap kenyataan Bung itu; mempunyai maksud, agar MP Kinabatangan itu perlu ingat, bahawa tiada seorang rakyatpun di negara ini mempunyai hak mengusir rakyat lain, selagi tidak melanggar undang-undang negara.

Seperti hujah penulis di awal tulisan ini, kaum melayu/bumiputera tiada kuasa meminta kaum lain menghormati kaum terbesar itu. Kaum yang besar itu, hanya secara automatik akan dihormati kalau bersatu dalam semua bidang khususnya politik. Kalau kaum melayu/bumiputera lemah dalam politik, satu-satunya kuasa yang masih ada di tangan; jangan mimpi “kita” mendapat penghormatan daripada kaum-kaum lain. Fiki-fikirkan lah.

0 Response to "Apa Yang Bung Moktar DAPAT?"

Blog Archive