Wednesday, May 29, 2013

Tamrin Ghaffar, Tian Chua, Harris Ibrahim ditahan semula


Tian Chua
Haris Ibrahim
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, Aktivis, Haris Ibrahim dan Ahli PAS, Tamrin Ghaffar telah ditahan semula selepas empat hari dibebaskan oleh majistret.

Dalam posting di akaun Twitter peribadi milik Ahli Parlimen Batu itu, tertulis: "Tian Chua baru sahaja ditahan.#pihak pentadbir.

Tamrin Ghaffar
Satu lagi posting terbaru memaklumkan Tian Chua telah di bawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Kira-kira lapan anggota polis hadir untuk menahannya.Beliau ditahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Haris - pemimpin Asal Bukan Umno (ABU) mengesahkan mereka telah ditahan semula pada pukul 7 malam.

Khamis lalu, ketiga-tiga individu berkenaan, Tian Chua, Haris dan Tamrin ditahan di bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun ketiga-tiga individu berkenaan dibebaskan keesokan harinya selepas majistret menolak permohonan reman yang dikemukakan oleh pihak polis.

Sebelum ini mereka ditahan, selepas berucap dalam satu Forum 13 May di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Walau bagaimanapun menerusi Tweet  Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka telahpun dibebaskan atas jaminan polis sebentar tadi.

No comments:

Blog Archive