Thursday, May 30, 2013

Jusuf Kala dan Najib terperangkap mainan Anwar

DUA pemimpin rantau ini, yang seorang mantan Naib Presiden Indonesia- Jusuf Kala dan yang seorang lagi Perdana Menteri Malaysia- Najib Razak terperangkap mainan Anwar.

Kedua-dua pemimpin yang terperangkap itu beragama islam "seagama" dengan Anwar.

Kalau kedua-dua pemimpin itu, percaya bagaimana sifat Anwar yang sebenarnya, sudah tentu mereka tidak akan terperangkap dengan sebarang atau tipu muslihat Defacto Leader PKR itu.

Seharusnya kedua-dua pemimpin itu mengambil iktibar berkaitan kejadian perbicaraan SODOMI II; di mana Anwar diberi dua pilihan samada melafazkan sumpah dikandang saksi atau hanya memberi kesaksian secara lisan atau bertulis. Semua tahu, Anwar memilih yang kedua. Dengan pemilihan kedua itu, bagi yang beragama islam mendapatinya agak janggal, kerana seorang islam enggan bersumpah berkaitan sesuatu tuduhan yang dianya sendiri menafikannya.

Jika sekiranya kedua pemimpin itu, percaya, bahawa Anwar adalah seorang yang mempunyai sifat yang senantiasa berubah-ubah, maka kemungkinan perjanjian antara ketiganya bakal tidak akan berlaku.

Nah, ternyata sekarang apabila perjanjian diadakan antara Najib dan Anwar yang disaksian oleh Jusuf Kala; di mana perjanjian itu dimotori sendiri oleh Anwar, namun Anwar jugalah yang mungkir, maka dua manusia terperangkap- Jusuf dan Najib.

Memang, perjanjian itu tidak bersifat mengikat, namun sebagai pemimpin yang beragama islam, sudah tentu perlu mematuhi lapaz janji yang dikeluarkan; namun bagi Anwar, semua itu tidak valid. 

Seperti yang disebutkan diawal tulisan ini, sifat Anwar antaranya adalah seseorang yang senantiasa berubah-ubah mengikut keadaan, seseorang yang suka mungkir janji. Untuk itu, kini satu persoalan yang timbul, mengapa Najib boleh melakukan perjanjian dengan Anwar? Apa kah faktor yang mendorong beliau setuju? Sedangkan Najib sendiri tahu betul bahawa Anwar bukanlah tokoh yang berpegang pada kata-kata macam yang diperlihatkan dalam setiap ucapan atau pidato.

Seperti yang disiarkan oleh WSJ hasil temu bicara dengan mantan Naib Presiden Indonesia- Jusuf Kala; bahawa -Perjanjian Najib-Anwar antara lain ialah kedua-dua pihak bersetuju untuk menerima sebarang keputusan PRU13, sama ada Anwar menang dan terpilih menjadi Perdana Menteri ataupun partinya tewas.

Keduanya setuju untuk mengelak dari menyerang peribadi masing-masing masa berkempen dan akan terima sebarang keputusan seperti dicadang Anwar.

Jusuf berkata: "the outcome of the balloting, held on a Sunday, was clear. “We had a commitment...” On Monday, I asked Anwar to accept it and look at reality. But they said, ‘No, no, no, no."

Apa yang menarik perhatian kita ialah perjanjian itu tidak diketahui Pas dan DAP kerana ia dibuat tiga pihak secara rahsia- Anwar dan Najib serta disaksikan Jusuf.

Mengapakah Anwar sengaja sembunyikan hal ini daripada Pas dan DAP? Apakah agenda Anwar sebenarnya?

Ketiga insan beragama Islam ini jadi saksi pada satu perjanjian politik, ia tak boleh dielak daripada ALLAH sendiri ketahui apa sebenarnya berlaku.

Justeru jika perjanjian ini dimungkari, maka kredibiliti seseorang itu akan hilang sama sekali.

Dan itulah yang terjadi kepada kredibiliti Anwar. Semakin hari semakin melalui zaman kemerosotan. Janjinya mahu tinggalkan dunia politik untuk jadi pensyarah seperti diucapkan tempoh hari harus dikotakan.

Kini hampir sebulan PRU13 berakhir, tidak ada tanda-tanda Anwar berpegang pada janji tempoh hari. Bahkan bukan saja tidak tunai janji, Anwar juga menolak kemenangan BN kerana mendakwa PR ditipu dalam pilihan raya umum tersebut.

Kini usaha merampas kuasa dari BN, Anwar mengadakan road-show demonstrasi yang dikenali 'blackout 505' ke seluruh negara.

Ia cuba mengumpul seramai penyokong bagi menegak dakwaannya.

Pada mula usaha itu mendapat sokongan, namun lama kelamaan penyertaan semakin merosot dan menjadi sejuk.

Dari puluhan ribu yang keluar berdemonstrasi ia kini hanya digerakkan oleh ribuan orang saja. Dulu pada awal penyokong Pas ikut sama. Lepas itu bayangan puak-puak berketayap ini hilang dari pandangan mata.

Lebih malang ialah belum sempat hero mendapat tepukan di penghujung pementasan, skrip terpaksa diolah semula.

Ia diubah kerana rakannya yang turut memegang skrip asal keluar kenyataan membidas hero kerana mungkiri janji - merujuk kepada dakwaan Jusuf Kalla, dalam satu interbiu dengan WallStreet Journal baru-baru ini.

Penjelasan Jusuf adalah ekoran kegagalan Anwar mematuhi perjanjian berdamai dengan Najib serta terima kekalahan dengan baik.

Bagi kita Anwar kini sudah lemas dalam kolam takungan politik ciptaannya.

Cerita reformasi dan perubahan yang mahu dibawa kepada Malaysia baru serta impian peribadinya kini sebahagian daripada dongeng politik. Pihak media Barat mungkin ada agenda tersendiri, namun mereka tidak lagi boleh mendiamkan diri.

Anwar bukanlah trojan horse yang masih relevan kerana pelbagai faktor negatif yang menyelubungi kerjaya politik dan peribadinya menyebabkan ia tidak lagi boleh menjadi kuda tunggangan Barat.

Langkah Jusuf membuat pendedahan serta interbiu dibuat dan disiarkan WSJ memusnahkan sebarang peluang Anwar

No comments:

Blog Archive