Saturday, May 25, 2013

Anwar enggan berundur: Masih mendakwa menang PRU-13

Anwar benar-benar menafikan sistem pilihanraya negara ini yang berasaskan demokrasi berparlimen, bukannya berasaskan sistem republik.

Meskipun sistem republik digunakan seperti diamalkan Amerika, pun demikian, Anwar tetap kalah kerana, "electrol votes" tidak berpihak padanya, seperti mana berlaku antara Al-Gore semasa melawan George Bush bagi pertandingan Presiden Amerika. Pada pilihanraya itu, Al-Gore menang undi popular, namun gagal menjadi Persiden Amerika kerana kalah electrol votes kepada George Bush.

Di Malaysia kemenangan pada pilihanraya ditentukan oleh jumlah kerusi, bukannya undi popular. Pada PRU-13 lalu, daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan BN menang 133 manakala tiga parti DAP-PKR-PAS kalau dijumlahkan hanya menang 89.

Benar secara keseluruhannya undi tiga parti itu lebih banyak berbanding BN, atas sebab perbezaan antara jumlah pengundi Bandar dan luar Bandar. Bayangkan undi Parlimen Gelang Patah misalnya 107 ribu berbanding Parlimen Beluran 18 ribu. Pada PRU-13 lalu undi majoriti Teresa Kok daripada DAP sebanyak 54 ribu sama jumlahnya dengan seluruh pengundi negeri Perlis yang mempunyai 3 kawasan Parlimen.

Anwar benar-benar memperbodohkan penyokongnya dengan menggunakan undi popular; sedangkan pendidirannya itu betul-betul bercanggah dengan sistem demokrasi negara ini.

Berasaskan kepada pendiriannya itu, kononnya kerana tiga parti dalam pakatan rakyat mendapat undi 51 peratus berbanding Bn 48 peratus, maka Kenyataannya pada tahun 2010, bahawa dia akan berundur daripada dunia politik, sekiranya Pakatan gagal merampas Putrajaya, kini tidak berlaku lagi. Anwar, dalam ucapannya semasa kongres PKR ke-9, telah menyatakan tidak akan berundur daripada dunia politik.

Kini Anwar sibuk dengan protes Blackout 505, dan pada malam ini di Dataran PJ, merupakan finale blackout 505.

No comments:

Blog Archive