Musa bersama Hishamuddin dan Ismail Omar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi |
PEMBETULAN: Koperal Azman Ampong, 39, yang dilaporkan sebelum ini maut, sebenarnya hanya cedera. AYT mohon maaf sebesar-besarnya.
Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.
Operasi kg Tanduo disitiharkan tamat. Walau bagaimanapun perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib seperti yang dipetik The Star Online menyatakan kesedihan kerana berlakunya pertumapahan darah, yang memang dari awal-awal lagi cuba dielakkan oleh pasukan keselamatan negara.
Akibat aksi tembak menembak itu dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.
Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib menyatakan bahawa kejadian tembak menembak itu berlaku, apabila pihak penceroboh memulakan tembakan pemula, dengan menembak mortar ke arah kenderaan pasukan keselamatan.
Sehingga kini, belum ada maklumat berkaitan dengan sejumlah penceroboh yang dianggarkan berjumlah 180 orang yang berkumpul di Kg Tanduo Lahad Datu sejak malam 12 Februari lalu. Jam 8 pagi esok Update, Wayang Anwar Ibrahim penyebab pertumpahan darah. Tunggu esok...
No comments:
Post a Comment