Saturday, February 09, 2013

PRU-13: P186 Sandakan bakal milik parti mana?

Sandakan mempunyai satu kawasan parlimen iaitu P186 Sandakan dan dua Dun N45 Elopura dan N46 Tanjong Papat.

Pada PRU-12 lalu, kawasan Parlimen Sandakan berjaya dirampas Bn daripada calon bebas melalui Presiden LDP komponen parti Bn dengan mengalahkan calon DAP dan calon bebas.

Apabila ditelusuri parti mana yang menguasai Sandakan, sebenarnya kawasan itu adalah wilayah Bn, kerana kawasan Dun-dunnya tidak pernah ditawan pembangkang, akan tetapi berlainan dengan kawasan Parlimen, adakalanya pengundi mengundi pembangkang.

Sebagai contoh pada PRU-12 lalu jumlah undi yang diperolehi dua calon Bn diperingkat Dun adalah 14,337 (N45 Elopura=7,919; N46 Tanjong Papat=6,418) akan tetapi di peringkat Parlimen undi yang diperolehi calon Bn sebanyak 8,297 undi berkurangan sebanyak 6,040 undi. Mungkin penyebab kepada rendahnya undi Bn kerana faktor calon, memandangkan calon Bn pada masa itu adalah muka baru dan belum pernah bertanding di Sandakan.

Sebenarnya para pengundi P186 Sandakan pada PRU-12 lalu melakukan langkah bijak apabila memenangkan calon Bn, kerana atas kemenangan itu menjadikan mereka diwakili oleh Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan untuk julung-julung kalinya.

Para pengundi Sandakan umumnya dan kawasan Parlimen Sandakan khasnya diuntungkan kerana mendapat manafaat pembangunan yang diperlukan kerana bukan sahaja mendapat peruntukan  daripada peringkat negeri juga daripada peringkat persekutuan.

Bandar Sandakan umpamanya telah begitu pesat membangun  selain  infrastruktur yang dinaik taraf juga telah wujud beberapa hotel berbintang lima antaranya Hotel Four Points, di mana Perdana Menteri pernah menginap di hotel tersebut.

Selain itu, masalah jambatan kayu di perkampungan atas air seperti di kawasan Sim-Sim telah digantikan kepada jambatan konkrit, sehingga penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan yang kekal.

Atas sokongan pengundi kepada calon-calon Bn bagi kawasan Sandakan secara umumnya, maka rakyat Sandakan mendapat manafaat apabila Lapangan Terbang Sandakan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM70 juta untuk menaik taraf lapangan terbang itu.

Pengundi Parlimen Sandakan yang terbagai kepada 61 peratus  kaum cina dan 35 peratus bumiputera islam  dan selebihnya bumiputera bukan islam, merupakan kawasan yang dianggap sebagai kawasan campuran.

Kawasan Parlimen Sandakan dianggap sangat penting bagi Bn terutama bagi wakil daripada kaum cina di peringkat parlimen, atas sebab itulah sejak tahun 2009 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan sebanyak tiga kali pada kawasan tersebut. Kali terakhir lawatan Perdana Menteri di Kawasan itu adalah pada pertengahan Disember lalu semasa merasmikan sebuah majid di Lupak Meluas dalam Parlimen Batu Sapi dan merasmikan Persidangan Tahunan Parti LDP.

Bagi Parti komponen Bn yang berasaskan kaum cina dan sudah tentunya akan bertanding di kawasan yang majoriti daripada kaum itu, maka sandaran utama kaum itu agar supaya wakil rakyat yang dipilih mereka setidak-tidaknya  dapat menyertai kabinet persekutuan  agar supaya pembelaan terhadap pengundi kawasan itu khasnya dan umumnya rakyat dapat diteruskan dengan kadar yang saksama.

Pada keadaan terkini, agar sukar bagi calon-calon Bn untuk menang bagi kawasan yang berpengundi kaum cina di atas 70 peratus seperti Parlimen Kota Kinabalu, kerana kaum itu majoritinya telah condong kepada Pembangkang. Hanya kawasan seperti Sandakan dan Tawau sahaja yang mempunyai pengimbang undi bumiputera yang memungkinkan calon-calon Bn boleh menang.

Bn perlu menerima hakekat, bahawa parti itu sukar menang bagi kawasan mjoriti kaum cina, misalnya Bukit Bintang atau Kepong di Semenanjung. Demikian juga di Sabah, Bn sukar untuk menang bagi Parlimen Kota Kinabalu.

Hakekat kecenderungan pengundian kaum cina memang disadari oleh komponen Bn yang berasaskan kaum cina seperti LDP atau Gerakan atau MCA, atas sebab itu, pemilihan calon yang tepat bagi kawasan-kawasan campuran daripada parti-parti itu perlu dikenal pasti.

Bagi Parlimen Sandakan misalnya, komponen parti Bn daripada kaum cina tidak perlu risau, kerana kawasan itu diwakili oleh Presiden sebuah parti komponen yakni Datuk VK Liew. Wakil rakyat itu selain seorang pemimpin yang bersih juga mempunyai latarbelakang sebagai peguam.

Melihat kepada lawatan yang dilakukan Perdana Menteri di kawasan Sandakan dan hadir pada persidangan LDP dan seterusnya merasmikannya, suatu yang tersirat,  bahawa Perdana Menteri menginginkan agar Parlimen Sandakan terus diwakili oleh Parti LDP menerusi Presidein parti itu. 

Perlu diingat, Najib memerlukan satu pasukan di bawah pimpinannya untuk mengorak langkah maju ke hadapan. Beliau untuk sementara mewarisi pasukan yang dikemudikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Para pemimpin Bn yang dicalonkan pada PRU-13 akan datang adalah mereka yang diperkirakan sebagai pasukan yang membantu Perdana Menteri membangun negara menuju Wawasan 2020. Anggota pasukan itu, sudah tentunya daripada pemimpin muda atau seangkatan beliau agar supaya corak pemikiran akan  senantiasa senada.

Pada zahirnya, walaupun mempertahankan kerusi seperti Parlimen Sandakan sukar diduga keputusannya, namun wakil rakyat kawasan itu yang kebetulan seorang Presiden sebuah parti komponen, tidak mempunyai pilihan, selain terus bertanding bagi kawasan itu. Perkara ini disebabkan, antaranya, apabila seseorang Presiden sesebuah parti menukar kawasan yang ditandinginya, maka akan membawa makna, bahawa secara umumnya beliau tidak yakin menang di kawasan itu, dan keadaan ini berakibat buruk terhadap persepsi rakyat, bahawa ada kemungkinan kerajaan akan tumbang, kerana tanda-tanda yang diberikan oleh Presiden parti komponen itu.

Persepsi di atas tidak akan timbul, jika sekiranya tidak berlaku tsunami politik pada parti-parti komponen Bn yang berasaskan kaum cina di Semenanjung pada PRU-12 dan PRN Sarawak pada April 2011.

Namun, apabila seseorang Presiden sesebuah parti terus bertanding pada kawasan yang dianggap kelabu, maka setidak-tidaknya persepsi rakyat secara umunya bahawa kerajaan Bn akan terus mempertahankan kerajaan persekutuan.

Sebagai Presiden sesebuah parti, maka VK Liew mempunyai kelebihan memilih tempat yang paling selamat untuk ditandingi, namun penulis lihat pada PRU-12 lalu, beliau berani bertanding pada kawasan kepunyaan parti lain, dan terbukti menang walaupun dengan majoriti 176.

Pada PRU-12, Datuk VK Liew daripada Bn mendapat undi 8,297 dan lawan terdekatnya Shanty Chong daripada DAP 8,121 undi; manakala undi calon bebas 2,929 (calon bebas itu merupakan mantan pemimpin LDP yang keluar daripada parti hanya kerana tidak terpilih sebagai calon).

Diperkirakan pada PRU-12, Sandakan akan dapat dipertahankan oleh Bn kerana kawasan itu berjiran dengan Parlimen Libaran, di mana Pengerusi kawasan itu adalah Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman. Kemenangan Bn akan ditentukan oleh sokongan bumiputera sepertimana  berlaku pada PRK Batu Sapi pada tahun 2010.

Tidak dapat disangkal, sokongan golongan bumiputera terhadap kepimpinan Bn negeri akan terus padu, dan kadarnya akan sama seperti pada PRU-2004 dan PRU-2008.

Kaum cina pula dijangka 40 peratus daripada pengundi akan menyokong calon-calon Bn kerana mereka melihat bagaimana sokongan perdana menteri kepada kaum itu. Tidak ketinggalan, perhatian dan sokongan Ketua Menteri Sabah kepada kaum itu juga adalah salah faktor sokongan kaum cina.

Pada PRU-13, Parlimen Sandakan dijangka akan terus dikuasai Bn, walaupun akan mendapat tantangan hebat daripada DAP

No comments:

Blog Archive