Thursday, February 28, 2013

Percerobohan Lahad Datu: Hanya Makan Angin:Isteri Kiram

Sitti Krishna Idjirami (kiri), adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III (tengah) dan Putera Mahkota Bantillan Kiram (kanan) bercakap pada sidang media di Manila 


KELUARGA KIRAM menyangkal tindakan lebih 100 orang kononnya tentera sulu yang menceroboh Lahad Datu dan kini berkampung di Kg Tanduo sebagai tindakan penceroban, sebaliknya tindakan kumpulan itu, hanya makan angin di Lahad Datu, demikian menurut isteri Kiram Princess Fatima Cecilia Kiram seperti yang disiarkan the inquirer.

Walaupun pencerobohan itu berakhir semalam, belum ada berita terkini daripada lokasi, apa kah melalui pasukan keselamatan Malaysia, mahupun daripada Filipina.

Usaha mendapatkan maklmuat daripada lokasi oleh pihak-pihak tertentu, juga gagal, kerana mungkin adanya usaha tutup mulut dari berbagai pihak, agar tidak lagi memberi maklumat terkini berkaitan dengan pencerobahan itu, yang kini masuk minggu ke tiga.

Yang jelas, menurut saksi di lokasi, sehingga sekarang belum terdengar bunyi tembakan, atau gerakan luar biasa daripada pasukan keselamatan, malah Kapal Filipina yang siap siaga di luar pantai Sabah, belum ada tanda-tanda memasuki perairan Sabah.

Nampaknya kemelut pencerobohan Lahad Datu akan berpanjangan.

No comments:

Blog Archive